Sunday, December 28, 2008

tahun baru hijriah

hari ni hari pertama tahun baru 1430H. semoga beroleh keampunan bagi warga yang berdoa akhir tahun selepas asar pada hari terakhir 1429H tadi. dan juga semoga beroleh rahmat bagi kita semua yang telah berdoa awal tahun selepas maghrib malam hari pertama 1430H. semoga kita semua mendapat keampunan dan rahmat daripada Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

apa azam anda untuk tahun ini? saya? i wish my new undertaking starting 1st january 2009 would be a blessed one.

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.Dilulus terbit pada Monday, September 13 @ 00:48:16 MYT oleh CucuBavoo"Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar." Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :"Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk

cintakan alam, ingatkan Allah

alam ini
di dalamnya kita hirup udaranya
di atasnya kita amati pemandangannya
di sisinya kita terokai kedaraannya
manusia yg mencorakkan alam
petani menghijaukan alam
menteri menggondolkan alam
AS menghancurkan alam
tsunami membersihkan alam

namun alam tiada upaya menghalang
hanya mendepa tangan
pada kerakusan teknologi manusia
linangan airmata dan darah
sungai dan lautan berubah wajah
nantilah pada suatu masa yg dijanjikan
ayat-ayat Maha Pencipta akan dikotakan
manusia akan terpisah dari alam
saat dan ketika tiada lagi alam melata
- ashri, April2005.

hujan di akhir zaman

Lebat hujan masih belum renyai
Mencurahkan air dingin dari langit
Kata tok guru-tok guru madrasah
Dunia hampir selesai
Bilamana hujan bukan lagi
Adalah manafaat kepada manusia

Hujan lebat macam bala
Menuruni bukit-bukit
Menyusuri tebing-tebing
Tanah, rumah runtuh
Nyawa, harta melayang

Membanjiri jalanraya-jalanraya
Kenderaan tersadai manusia menggapai
Pohon-pohon tumbang menghalang
Memenuhi sungai-sungai taliair
Menderu deras menghakis tebing

Hujan lebat angin kuat
Petir guruh kilat
Sahut menyahut
Sungai Klang, sungai Gombak
Seakan merajuk kepada lebatnya hujan
Terus-terusan entah bila berhenti
Tidak tertanggung lagi oleh perut sungai

- ashri (C)

Demi...

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit berserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada dihamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah mengilhamkan
Sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya

(Pengertian daripada surah As-Syamms; 1-10)

takziah

kami mengucapkan takziah kepada seluruh rakyat negeri sembilan di atas kemangkatan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman jam 11.45 pagi semalam.

inviting young contributors to mahagoni-1a5

saya mewakili AJK mahagoni-1a5 menjemput dan mempersilakan para pemuda dan pemudi harapan mahagoni-1a5 supaya sama2 memeriahkan ruang siber mahagoni-1a5 ini. orang muda tentunya ada banyak yang boleh dikongsikan bersama di sini. lebih2 lagi pengalaman berada jauh diperantauan. sila smskan saya email address anda untuk dijemput ke sini. seruan ini khasnya untuk along-along dan angah-angah keluarga abg rosly, ustaz osman, abg abu, abg kamal, cikgu kammal, abg matnor dan pakcik ajil.
sekian adanya.

journal ubikayu-1a5


Ubi kayu (nama botani: Manihot Esculenta Crantz) ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran.
Nama lain bagi ubi kayu adalah ubi benggala, ubi belanda, singkong (bahasa Indonesia) cassava dan juga tapioca.

Penanaman
Ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah. Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. Ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan.

Makanan
Ubi kayu sering menjadi makanan pilihan apabila berlaku masalah mendapatkan sumber makanan biasa, seperti ketika musim tengkujuh atau malapetaka awam, atau semasa peperangan seperti semasa Perang Dunia II.

Pada masa biasa, ubi kayu hanya dimakan sekali-sekala atau dijadikan sebagai kuih. Kulit ubi kayu mempunyai asid hydrocyanic (asid hidroklorik dan potasium sianida atau sodium sianida (hydrocyanic). Oleh itu ubi kayu tidak boleh dimakan mentah, tetapi perlu dibuang kulit dan dimasak terlebih dahulu.

Ubi kayu boleh digoreng, direbus atau dibakar, dan dimakan bersama kelapa parut muda (nyiur kulit hidup), ikan masin, atau ikan bakar. Ubi kayu juga boleh dibuat kuih, antaranya kuih puli ubi kayu, kuih ubi kayu, tapai ubi, kerepek ubi dan yang seumpama dengannya.

Ubi kayu ditanam secara komersial untuk menghasilkan tepung ubi. Tepung ubi kayu juga digunakan dalam industri makanan setelah ia diproses menjadi monosodium glutamat (MSG) terutama di negara Timur Jauh dan Amerika Latin. Untuk menghasilkan satu tan MSG, ia memerlukan lebih kurang 2.4 tan tepung ubi kayu atau tepung kanji.[1]

Kegunaan lain
Pokok ubi kayu juga boleh digunakan bagi mengatasi masalah lalang, di mana kawasan yang ditanam ubi kayu akan menutup permukaan tanah dari cahaya matahari, dengan itu menghalang lalang daripada tumbuh kembali.

UBIKAYU-1A5
Ubikayu-1a5 telah ditanam pada 14.12.2008 sebanyak 8 batang benih. Batang benih didatangkan jauh daripada bachok, kelantan. Ubikayu-1a5 ini telah mengeksploitasikan ruang laman kosong di salah sebuah rumah yang tidak berpenghuni. (minta halal ek tuan rumah). secara dasarnya keizinan menanam telah diberi green light oleh saudara kepada pemilik rumah tersebut.
ubikayu1a5 ini disiram diwaktu pagi setiap hari (kalu pagi tanpa hujan) dan sekali lagi setiap petang (kalau teringat, dan petang tanpa hujan). diperturunkan disini beberapa visual ubikayu-1a5.

hujung tahun nanti masa buat perhimpunan raksasa tahunan mahagoni1a5, ubikayu ini bolehlah digali dan diBBQkan mengikut selera rakyat jelata mahagoni1a5.

Yang ni plak, pokok ulam raja yang juga sedang diusahakan ditapak semaian laman rumah kosong ni. hanya satu pokok tetapi tersangat subur dan cukup agaknya untuk bekalan ulam mahagoni1a5, hehehe. satu keluarga hanya dibenarkan kutip satu ranting sahaja dalam satu minggu. kuangkuangkuang.

Friday, December 26, 2008

Al Kisah Si Penjual Tempe

ASSALAMUALAIKUM. ..

bagus kisah nih..bacalah. .sesungguhnya tiada kuasa lain yang dapat
menandingi kekuasaan Allas swt..amin

kisah penjual tempe

Moga menjadi iktibar.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang
perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat
tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber
pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe
yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap
untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya
yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh
jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak.
Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum
menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu.
Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat
akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan
perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun
mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang
soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia
sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang
perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia
pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya
itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih
tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang
jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula
dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu.
Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata
pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe,
Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit
bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila
tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi
sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak
kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun
keranakeyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang
jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan
pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai
di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya
ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua
tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku.
Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah
keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun
berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam
hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya.
Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi.
Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan
jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat
isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget
seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit
kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah
satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma
duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan
bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara
itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah
mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka
sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi
kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.
Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada
Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari
itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat
kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap
tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum
menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk
mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan
terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe,
tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.
Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia
berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini
menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun
penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar
tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan
bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum
menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa
hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England
teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan
ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya
apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau
dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah
tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah
pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu
berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan
dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita
sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa
yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai
dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak
pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,
menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke
arah kebaikan.. oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar
kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang
kita buat .

Fikir-fikirlah sendiri sahabat-sahabat ku.

HOW TO STAY AWAY FROM CANCER

AFTER YEARS OF TELLING PEOPLE THAT CHEMOTHERAPY IS THE ONLY WAY TO " TRY " ( " try " being the key word ) TO ELIMINATE CANCER, JOHN HOPKINS IS FINALLY STARTING TO TELL YOU THERE IS AN ALTERNATIVE WAY !!

Cancer Update from John Hopkins :

1. Every person has cancer cells in the body. These cancer cells do not show up in the standard tests until they have multiplied to a few billion. When doctors tell cancer patients that there are no more cancer cells in their bodies after treatment, it just means the tests are unable to detect the cancer cells because they have not reached the detectable size.

2. Cancer cells occur between 6 to more than 10 times in a person's lifetime

3. When the person's immune system is strong the cancer cells will be destroyed and prevented from multiplying and forming tumours.

4. When a person has cancer it indicates the person has multiple nutritional deficiencies. These could be due to genetic, environmental, food and lifestyle factors.

5. To over come the multiple nutritional deficiencies, changing diet and including supplements will strengthen the immune system.

6. Chemotherapy involves poisoning the rapidly-growing cancer cells and also destroys rapidly-growing healthy cells in the bone marrow, gastro-intestinal tract etc, and can cause organ damage, like liver, kidneys, heart, lungs etc.

7. Radiation while destroying cancer cells also burns, scars and damages healthy cells, tissues and organs.

8. Initial treatment with chemotherapy and radiation will often reduce tumour size. However prolonged use of chemotherapy and radiation do not result in more tumour destruction..

9 When the body has too much toxic burden from chemotherapy and radiation the immune system is either compromised or destroyed, hence the person can succumbs to various kinds of infections and complications.

10.. Chemotherapy and radiation can cause cancer cells to mutate and become resistant and difficult to destroy. Surgery can also cause cancer cells to spread to other sites.

11. An effective way to battle cancer is to starve the cancer cells by not feeding it with the foods it needs to multiply.

CANCER CELLS FEED ON:

a. Sugar is a cancer-feeder. By cutting off sugar it cuts off one important food supply to the cancer cells. Sugar substitutes like Nutra-Sweet, Equal,Spoonful, etc are made with Aspartame and it is harmful. A better natural substitute would be Manuka honey or molasses but only in very small amounts. Table salt has a chemical added to make it white in colour. Better alternative is Bragg's amino's or sea salt.

b. Milk causes the body to produce mucus, especially in the gastro-intestinal tract. Cancer feeds on mucus. By cutting off milk and substituting with unsweetened soya milk cancer cells are being starved.

c. Cancer cells thrive in an acid environment. A meat-based diet is acidic and it is best to eat fish, and a little chicken rather than beef or pork. Meat also contains livestock antibiotics, growth hormones and parasites, which are all harmful, especially to people with cancer.

d. A diet made of 80% fresh vegetables and juice, whole grains,seeds, nuts and a little fruits help put the body into an alkaline environment. About 20% can be from cooked food including beans. Fresh vegetable juices provide live enzymes that are easily absorbed and reach down to cellular levels within 15 minutes to nourish and enhance growth of healthy cells. To obtain live enzymes for building healthy cells try and drink fresh vegetable juice (most vegetables including bean sprouts)and eat some raw vegetables 2 or 3 times a day. Enzymes are destroyed at
temperatures of 104 degrees F (40 degrees C).

e. Avoid coffee, tea, and chocolate, which have high caffeine. Green tea is a better alternative and has cancer-fighting properties. Water-best to drink purified water, or filtered, to avoid known toxins and heavy metals in tap water. Distilled water is acidic, avoid it.

12. Meat protein is difficult to digest and requires a lot of digestive enzymes. Undigested meat remaining in the intestines become purified and leads to more toxic buildup.

13. Cancer cell walls have a tough protein covering. By refraining from or eating less meat it frees more enzymes to attack the protein walls of cancer cells and allows the body's killer cells to destroy the cancer cells.

14. Some supplements build up the immune system (IP6, Fluorescence, Essiac, anti-oxidants, vitamins, minerals, EFAs etc.) to enable the body's own killer cells to destroy cancer cells. Other supplements like vitamin E are known to cause apophasis, or programmed cell death, the body's normal method of disposing of damaged, unwanted, or unneeded cells.

15. Cancer is a disease of the mind, body, and spirit. A proactive and positive spirit will help the cancer warrior be a survivor. Anger, un forgiveness and bitterness put the body into a stressful and acidic environment. Learn to have a loving and forgiving spirit. Learn to relax and enjoy life.



16. Cancer cells cannot thrive in an oxygenated environment. Exercising daily, and deep breathing help to get more oxygen down to the cellular level. Oxygen therapy is another means employed to destroy cancer cells.

(PLEASE FORWARD IT TO PEOPLE YOU CARE ABOUT)

CANCER UPDATE FROM JOHN HOPKINS HOSPITAL , U S - PLEASE READ

1. No plastic containers in micro.

2. No water bottles in freezer.

3. No plastic wrap in microwave.

Johns Hopkins has recently sent this out in its newsletters. This information is being circulated at Walter Reed Army Medical Centre as well.
Dioxin chemicals causes cancer, especially breast cancer.
Dioxins are highly poisonous to the cells of our bodies.
Don't freeze your plastic bottles with water in them as this releases dioxins from the plastic.
Recently, Dr. Edward Fujimoto, Wellness Program Manager at Castle Hospital , was on a TV program to explain this health hazard. He talked about dioxins and how bad they are for us.. He said that we should not be heating our food in the microwave using plastic containers.
This especially applies to foods that contain fat. He said that the combination of fat, high heat, and plastics releases dioxin into the food and ultimately into the cells of the body. Instead, he recommends using glass, such as Corning Ware, Pyrex or ceramic containers for heating food. You get the same results, only without the dioxin. So such things as TV dinners, instant ramen and soups, etc., should be removed from the container and heated in something else.
Paper isn't bad but you don't know what is in the paper. It's just safer to use tempered glass, Corning Ware, etc. He reminded us that a while ago some of the fast food restaurants moved away from the foam containers to paper. The dioxin problem is one of the reasons.

Also, he pointed out that plastic wrap, such as Saran, is just as dangerous when placed over foods to be cooked in the microwave. As the food is nuked, the high heat causes poisonous toxins to actually melt out of the plastic wrap and drip into the food. Cover food with a paper towel instead.

This is an article that should be sent to anyone important in your life.

Abg Rosly & Kak Fauziah

Thursday, December 18, 2008

great lesson - cleaning lady

During my second month of college, our professor gave us a pop quiz. I was a conscientious student and had breezed through the questions until I read the last one:

‘What is the first name of the woman who cleans the school?’

Surely this was some kind of joke. I had seen the cleaning woman several times. She was tall, dark-haired and in her 50s, but how would I know her name?

I handed in my paper, leaving the last question blank. Just before class ended, one student asked if the last question would count toward our quiz grade.

‘Absolutely,’ said the professor. ‘In your careers, you will meet many people. All are significant. They deserve your attention and care, even if all you do is smile and say ‘hello.’

I’ve never forgotten that lesson. I also learned her name was Dorothy.

- extracted from an email.

proton mpv 2009

inilah wajah proton mpv yg bakal dikeluarkan,gambaran masih belum sempurna,disembunyikan dengan tape2 dan belum siap sepenuhnya...terdapat dlm cc1.6 sahaja...harga 70k++.dibuka untuk tempahan..hubungi saya segera jika berminat...heeeeeeeeeee,korang jgn percaya lak...tapi kalu nak "masking tape" dia tu aku bleh usahakan.

Tuesday, December 16, 2008

jom shopping....


Ada banyak barang-barang lagi yang tak dapat dipaparkan disini antaranya produk walls(aiskrim),knorr,dove,fair and lovely,planta,lady choice,clear,mayonaise dan lain2,untuk senarai penuh boleh berjumpa dengan saya untuk mendapatkannya.Tempahan 2 minggu lebih awal diperlukan...sila hubungi saya sekiranya berminat....terima kasih
Rahimah....(hp)0172303054/(r)0360573964

Friday, December 12, 2008

kehadiran insan baru....

Buat pengetahuan semua,saudara kita En.Sham telah menerima cahaya mata perempuan pada pagi ini(12/12/2008),tahniah dan syukur kehadrat Ilahi semuanya selamat.

Wednesday, December 10, 2008

ISU-ISU SEMASA

Salam para blogger di Jalan 1A/5 ,

Mula 8 Disember 2008 , saya dan keluarga akan tinggal di Apartment Casmaria di Batu Caves dan cuma balik ke Tamu HIll , Insya-Allah , pada masa weekend sahaja.
Saya secara peribadi rasakan tak sesuai lagi saya menjadi Pengerusi Jalan 1A/5 lagi . Sila beri pendapat kawan-kawan semua. Biarlah saya menjadi ahli biasa saja.....Tolong bincang dengan kawan-kawan yang belum jadi blogger lagi....

Ikhlas dari,

Abang Rosly

Thursday, December 4, 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA QURBAN

Salam semua ahli di Jalan 1A/5 ...Harapan saya agar semua ahli sihat wal afiat ...
Seperti mana yang telah maklum , satu lagi Hari besar dalam kalendar Islam akan jatuh pada hari Isnin depan ...tepat sekali 10 Zulhijjah , hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qurban akan disambut oleh seluruh umat Islam di dunia.

Selamat menunaikan ibadah Haji iaitu rukun Islam yang ke 5 kepada seluruh muslimin dan muslimat yang datang dari seluruh dunia ke Tanah Suci Mekah Perpaduan jitu umat Islam terserlah di Kota Suci Mekah.HAMPIR 3 juta umat Islam dari seluruh dunia termasuk kira-kira lebih 26,000 jemaah Malaysia berwukuf di Arafah pada 7 Disember 2008.

RUKUN HAJI
1. Niat
2. Wuquf
3. Tawaf
4. Sa'ie
5. Bercukur atau Bergunting
6. Tertib pada kebanyakan rukun

WAJIB HAJI
1. Niat Ihram di Miqat
2. Meninggalkan perkara-perkara larangan dalam masa Ihram
3. Bermalam (Mabit) di Muzdalifah
4. Melontar Jamratul Aqabah
5. Bermalam (Mabit) di Mina
6. Melontar ketiga-tiga Jamarat pada hari-hari Tasyriq


WUKUF DI ARAFAH


Maksud Berwuquf: Berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun dalam sebarang
keadaan

Waktu Wuquf: Bermula dari gelincir matahari hari 9 Zulhijjah hingga terbit
fajar hari 10 Zulhijjah

Waktu Afdal Wuquf: Berwuquf sebahagian dari siang hari 9 Zulhijjah dan sebahagian
dari malam 10 Zulhijjah

Syarat Berwuquf: - Telah berihram dengan niat haji
- Seorang yang ahli beribadat (Tidak Gila/Tidak Mabuk/Tidak Hilang
Akal Sepanjang Masa)
- Berada di bumi Arafah walau seketika di dalam waktu Wuquf

Amalan-Amalan Sunat Berwuquf:
- Sembahyang berjemaah
- Bertalbiah
- Berdoa
- Berzikir
- Membaca al-Quran
- Sembahyang-sembahyang sunat

Ibadat korban terbahagi kepada dua iaitu korban nazar dan korban sunat. Yang pertama disebut wajib disedekahkan seluruhnya, manakala kedua dilakukan sama ada semua daging korban itu disedekahkan kepada fakir dan miskin serta orang yang berkorban boleh mengambil sedikit sekadar beberapa suap untuk mengambil berkat daripada korban itu atau daging korban itu dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu satu pertiga disedekahkan kepada fakir miskin, satu pertiga dihadiahkan kepada umat Islam dan satu pertiga lagi untuk orang yang berkorban. Hukum ini berdasarkan kepada ayat bermaksud: "Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin." (Surah al-Hajj: 28) Dan juga ayat yang bermaksud: "Maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang yang tidak meminta dan yang meminta." (Surah al-Hajj: 36)

Ibadat korban disunatkan Rasulullah sebagai latihan dan ujian bagi kaum Muslimin untuk memupuk semangat berkorban dengan cara mengeluarkan sebahagian kecil nikmat dan rezeki yang dilimpahkan Allah untuk dirasai golongan fakir miskin, sekali gus memanifestasikan syiar Islam itu.

Akhir kata , abg ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Adha kepada para bloger Jln 1a5 dan sahabat 2 kita yang lain .

Abg Rosly.

Sunday, November 30, 2008

bujang senang ke ni...!!!??

Agak2 skali dia ngap brp orang la yg bleh masuk ye....??

DAMAI SRI NIK HOMESTAY 24 JAM DI KUALA TERENGGANU






SALAM SEMUA AHLI DI JALAN 1A/5 , JIKA PERGI KE KUALA TERENGGANU , SILALAH MENGINAP DI HOMESTAY ABANG DAN KAK ZIE , DSN HOMESTAY 24 JAM .......
RUMAH BANGLO BERKONSEP ALA MINANGKABAU , MEMPUNYAI 4 BILIK KESEMUANYA.
BILIK-BILIK YG ADA :

1. MAHAGONI
2. MERANTI
3. MERBAU
4. JATI

KESEMUA BILIK KECUALI JATI DILENGKAPI AIR-COND , RUANG TAMU YANG LUAS DAN JUGA KEMUDAHAN DAPUR DISEDIAKAN. DI SAMPING ITU JUGA TV DI RUANG TAMU DISEDIAKAN KEMUDAHAN ASTRO ...DI HADAPAN HOMESTAY ...NUN INDAH PANTAI KUALA IBAI DIALUN HEMBUSAN BAYU LAUT CHINA SELATAN....BERHAMPIRAN MASJID TERAPONG DAN LEBIH KURANG 5 KM , JETTY KE PULAU KAPAS YANG AMAT MENARIK DILAWATI...

KADAR SEWAAN SEBUAH BUNGLOW - RM 350.00 ( TERMASUK KEMUDAHAN DAPUR )
- RM 300.00 ( TIADA KEMUDAHAN DAPUR )

UNTUK SEBARANG TEMPAHAN , SILA HUBUNGI ABANG ROSLY/ KAK ZIE.
TEL : 019-2307502, 013-3397876

Thursday, November 27, 2008

Kisah Lelaki Tua & 3org anaknya :

Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yang sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.

Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.

Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya.. jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu

Maka dipanggilnya si Harben.

"Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"

Apa yang dijawab Harben?

"Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap.
"Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.
Dipanggilnya pula si Anis.
"Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawab Anis?
"Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga.
"Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal.
"Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang.. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab,
"Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.Menyesallah dihatinya kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.
Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.
Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.
Sekian adanya.
APA PENGAJARAN CERITA INI.
Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.
Harben ialah HARTA-BENDA,
Anis ialah ANAK-ISTERI, dan
Amsal ialah AMAL-SOLEH.
Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ini jangan lah lupa dengan akhirat dan rukun Islam yang lima .
Sama-samalah kita mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat.
Wassalam.

dibaham harimau di zoo Singapura

Assalammualaikum,kepada tuan2 dan puan2,disini saya paparkan kisah yang amat menyayat hati tentang kematian seorang pekerja zoo di Singapura yang dibaham oleh harimau putih baru2 ini,dimana beliau adalah seorang rakyat Malaysia beragama Islam..Sedekahkanlah Al-Fatihah,semoga roh beliau dicucuri rahmat hendaknya.

Bersyukurlah jua kita kepada Allah S.W.T kerana mengurniakan kita pekerjaan yang baik serta harta2 yang mencukupi....sesungguhnya mati sewaktu mencari rezeki yang halal itu tergolong diantara mereka yang syahid......bagaimana pula bahagian kita???

AL_FATIHAH.......

Wednesday, November 26, 2008

Terima kasih semua

Assalamualaikum kengkawan semue,
Mak & pak mentua aku sekrg kat mekah, aku harap korang dpt doakan diorang agar sihat dan selamat di sana. Moga2 mendapat haji yang mabrur. Mak & pak mentua aku kirim salam semua dan aku pun nak ucap thanks kat korang sbb menjayakan majlis solat hajat itu hari.

Sunday, November 23, 2008

AKTIVITI PARTY TUPPERWARE DIRUMAH TUAN PRESIDEN(23.11.2008)

Abg Rosly:Bagus barang ni Ros oiii...abg dah try dah,kau tengok mee hoon abg tu...segar je lagi.
Ros:Jangan risau bang...kang pandailah saya pujuk si Rosli tu untuk jd ahli.
Abg Rosly:Letih dah aku bercakap...korang buat dek je ye...

Kaum wanita:Budak kat dapur tu makan sorang jer....tak ajak kita pun


Rosli:Tadi ada org sebut2 nama aku..tetiba diaorg buat tak nampak kat aku plak.



Inilah hasil cara mudah untuk membuat pizza...memang sedap,aku dah try dah....power beb,cuma tak dapat nk tambah je,nk minta lagi malu la plak heeeee....




Ros:Tetiba lak rasa lapar balik...ah makan sardin mentah ni lah,eee senangnya buka tin sardin ni menggunakan pembuka tin jenama tupperware ni..(promote ni tuan president..10% jgn lupa)





TUPPERWARE JENAMA YANG PASTI BERKUALITI BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI HUBUNGI KAK FAUZIAH ATAU EN:ROSLY(promote lagi ni...10% lagi,masyukkk..heeee,jangan marah ahrrrr)






senamrobik utk kaum wanita

salam semua sahabat2, mcmana ngan projek senamrobik kita, saya dah dpt tenaga pengajar, cuma nak confirm bila dan kat mana je, bayaran rm4 sorang. amacam setuju tak? kalau lagi ramai lagi bagus, tp yg penting kena tanya suami2 dulu, mintak izin. nanti cik abang tak restu lain pulak jadinya. Oklah, Majulah sukan utk diri sendiri.
Oh! lupa, jadual utk senamrobik pd ahad jam 8.00pg.

drpd: faezah/bard
no 9,mahagoni 1a5

Thursday, November 20, 2008

PARTY TUPPERWARE - RUMAH NO 16 JLN1A/5

Asssalamualaikum.....semua ahli wanita di jalan 1a5 yang dihormati...

Apa kabar semua sihat ke? Saya, kak Fauziah , ingin menjemput semua kawan-kawan dan kalau boleh che abng2 semua datang ke rumah saya :

1. hari ahad, 23 hb november 2008
2. masa : 2.00 petang
3. Program - CARA MUDAH MEMBUAT PIZZA

Jemput datanglah dan ajaklah kawan-kawan mahupun saudara datang ke parti ini .

Selain itu kak Fauziah sendiri akan menjemput secara peribadi rumah ke rumah...
kepada suami-suami , bagilah galakan isteri-isteri kalian belajar memasak ...ehem ehem ,,,nanti kita juga yang kenyang ....

Kepada bloger2 ...sampai-sampaikanlah jemputan ini kepda member2 kita yg belum menjadi bloger Mahagoni1a5.....progrm ini memang sesuai untuk kaum wanita kita bertemu dan beramah mesra.......

kak Fauziah,abg rosly
No 16 mahagoni1a5

Tuesday, November 18, 2008

Balik kampung ...

Salam semua ahli Mahagoni 1a5 ,

Saya dan keluarga sedang bercuti di Kuala Terengganu selama seminggu .Saya sihat walafiat juga ahli2 keluarga saya . Saya menginap di rumah rehat saya di damai sri nik Homestay......untuk sesiapa yang berminat nak bercuti ke Kuala Terengganu bolehlah membuat tempahan melalui saya,,,heh heh....ada special member's price .....

kalau ada apa2 hal yg urgent sila hubungi saya,,,,,kalau hal-hal berkaitan dengan urusan Lorong kita, sila buat urusan dengan Timbalan Pengerusi kita abg Abu..


abg rosly

Sunday, November 16, 2008

Bendahari outstation

Untuk makluman tuan2 dan puan2 semua,Tuan Bendahari lorong kita En.Osman telah berangkat ke Padang,Indonesia pada 15/11/2008,tidak tahu dijangka bila pulang kesini oleh itu dapatlah kiranya semua ahli jemaah lorong 1a/5, mengambil berat tentang keluarga beliau disini samada tentang keselamatan ataupun kebajikan keluarga beliau,kita jua sama2 mendoaan keselamatan tuan bendahari kita pergi dan balik....insyalllah.

p/s:sesiapa yang nk kirim gudang garam boleh contact beliau.

Tuesday, November 11, 2008

KASIHNYA AYAH.....

Dihujung sebuah kampung,berjalanlah seorang ayah dan anak lelakinya diwaktu petang yang begitu indah,tiba-tiba cuaca petang yang indah itu bertukar menjadi gelap,matahari telah dibungkus oleh awan tebal yang hitam,angin tiba-tiba menderu dengan begitu kuat,tanda-tanda ribut atau hujan yang lebat akan berlaku.
Maka berlarilah kedua-dua mereka menuju kerumah,hujan yang begitu kuat telah membasahi mereka berdua disamping angin yang menderu laju memburukkan lagi keadaan.Sampailah mereka disebuah jambatan yang menghubungkan kampung mereka,malangnya air disungai itu terlalu deras dan sudah hampir mencecah lantai jambatan.
Lalu siayah berkata"Anakku peganglah tangan ayah kuat-kuat,ayah akan bawa kamu menyeberangi jambatan ini."
Jawab sianak"Tidak ayah,ayahlah yang patut memegang tangan saya dengan kuat."
Berkata siayah lagi"Apa bezanya?Bukankah ianya sama saja....?"
Sahut sianak"Ada bezanya ayah,andainya saya yang memegang tangan ayah,jika apa-apa berlaku dengan kudrat yang ada pasti saya tidak mampu untuk mengengam dengan erat tangan ayah akhirnya saya mungkin akan melepaskan tangan ayah,tetapi jika ayah yang memegang tangan saya,saya pasti ayah tidak akan melepaskan tangan saya biar apapun yang berlaku,kerana kudrat dan kasih sayang ayah melebihi dari apa yang saya ada."
Bersama hujan lebat itu,terlihat takungan airmata,dikelopak mata pada diri seorang lelaki yang bernama ayah......

Program Bacaan Yaasin

Alhamdulillah , program majlis bacaan Yaasin telah selamat diadakan di rumah saya pada 8 hb November 2008 . Terima kasih kepada semua ahli dan keluarga yang datang . Program ini merupakan aktiviti keagamaan yang telah dirancang untuk ahli-ahli kita.

Insya-Allah , tuan rumah seterusnya pulak akan diadakan di rumah Haji Subri , ahli baru kita yang baru berpindah di belakang lorong rumah kita. Tarikh dan masa akan dimaklumkan kemudian .....


Pengerusi
Jalan 1A/5

Sunday, November 9, 2008

Rahsia bulan kelahiran

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros
JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja
OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan
SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik
OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat
NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Dimanakah bulan kelahiran anda..?Yang baik dijadikan tauladan,yang buruk pula sebagai sempadan.

Saturday, November 8, 2008

Premier League Keputusan Terkini

HAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAH Manu Kalah ditangan Arsenal 1 -2 ... abg abu terus nyerah diri ... HAHAHAHAAH

Friday, November 7, 2008

Aktiviti Malam Jamuan Tahunan 1A/5(25/10/08

Rosli:mari anak2 semua korang la yg paling beruntung dapat dgr suara pakcik tau,yg lain2 kalu x dgr rugi...pakcik johan karaoke kt ulu bendul 9x tau....!!
Solehah:ishk..ishk...ishk..papa aku ni...kesiannnn
Abg Othman:kau x boring ke li...!!??
Ali :boring gak...jom nyanyi sama2...
Abg Othman&Ali:"rumah terbakar panggil bomba,bomba dtg berlumba2...lalalala...."

Asri:Abg Othman x bleh pacak kt sini..ini kawasan saya,tanah saya...paham...!!!
Cikgu:Ikutkan hati aku ni...aku bwk diaorg ni masuk kelas tambahan kang..!!
Abg Md.Nor:Ngape plak tu....!!!
Azhar:Aku malas jer nak campur...kalu aku campur kang aku bom je tmpt ni baru padan ngan muka korang ngan aku2 skali...hee
Haziq:Korang smua pandaila buat2 gaduh...sebenornyer x nk agkat ais ni kan...aku gak yg kena...isk..isk...umi..!!umi...!!


Ali:Kalau abg brahim bijak..ayam yg dah kena bakar ni jantan ke betina...??
Abg Othman:Hah.. pe lagi brahim jawablah....
Ibrahim:Senang jer,jantanlah sbb kau nampak tu tulang rusuk dia kurg 1,lg pn aku tgk ic dia nama dia TOMyam la...masa dia idup org pggil dia TOM...



Ros:Kak Saripah jgnlah kacau...saya nk sapu daging yg ni...
Kak Saripah:Apa plak...!!akak nmpk dulu akak la yg sapu...tak kira akak nak sapu gak...tak kira..!!tak kira...!!
Ustazah:Dahlah tu adik2 oiii...pasal sapu menyapu pn nak gaduh ka...!!??




Sham:Ngape la asap ni x mau pegi jauh2...dah puas aku mkn asap ni...patutla....kipas ni ada cop....tuttttt(x bleh sbut bleh kena ISA beb)





Azhar:Alloooo..pn rahimah,ustazah ngan ali oiii...hangpa smua nk songlap ayam aku ka...!!hangpa smua jgn dok buat pleceh....!!
Abg md.Nor:Biorkan ler azhar oiii...tu si ali tu teringin sgt tu..pembawak budak si ali tu...hang kira sedekah jer la...






Zaizul:Pssttt...azhar,bleh songlap tak ni....??
Azhar:Sat..sat..aku dok usha line ni...ok line clear,cepat la....!!







Haziq:Eh..eh,umi aku ni...org suruh dia buat air asam dia bantai posing plak....
Faezah:Maila kak kita posing sama2....
Kak Saripah:Tak pa la..aku ni malu sikit,aku pndg bawah je la...








Budak baju coklat:Berani masuk la..!!nmpk kaki aku dah goyang2 ni..nk rasa servis kuda aku masuk la....
Abg Abu:Pehal budak ni...!!??
Cikgu:Jom abg Abu kita belasah budak ni...tangan saya dah goyang2 dah ni...kita BBQ budak ni skali...









Rosli:Har..ngafe muhut ahu x leh fufut hah..??(azhar..nape mulut aku x bleh tutup hah..??)
Azhar:Dah confirm tersengkang tulang kambing tadi ni...
Zu:Kesian...kesian....










Kak Saripah:Jadi ke kita nk g jogging esok ni...??
Rahimah:Jadi kak...laluan jogging kita ialah dari tamu hill smpai pekan btg kali,ikut ulu yam lama,tembus ulu yam baru,masuk kg.kuantan,keluar sg.masin..lps tu kita ramai2 singgah kt warung mak bi,kita makan nasi lemak lauk ayam dlm 3 pinggan,kuih dlm 6ketul,roti telor dlm 2 pinggan air sirap dlm 5 gelas..baru kita cpt kurus kak..
Wanita2 lain:HAH....!!!!!!!











Ali:Ello...bro,ye ye jer kau posing siap tongkat dagu ni pehalll...??
Bro:Kau x tau citer aku...sejak aku lahir hgga skg...baru ni la ada org nk amik gmbr aku...kau tau tak...!!??Salahke kalu aku posing best skittt...
Bro baju pink:Ye la kau li....kesian ar dgn dier..











Abg Rosly:Pssttt...amacam projek meminang saya tu,jadi ke...
Ustaz:Jadi tu jadi...tp dia nk kambing bakar tu dlm seketul dua,kalu baguihhh kira jadi,tu pasal dia antar skali ngan pinggan kosong ni hah...!!
Ustaz2:Kompom kmbing bakar tu utk dia pnya sendiri...













Keluarga yg sihat dan bahagia tanpa melamine yg berlbihan...














Abg Kamal:Tanya skit...tp jgn marah hah...satu ari kau mkn brp pinggan..??heee
Menantu Pakcik Ajil:Biasa 2pinggan jer..tp setelah aku mendengar soalan indah mu itu...mlm ni aku seperti nk makan orang la plak...!!















Seorang penyokong setia MU telah menukar identitinya kepada Celtic,akibat kekalahan pasukannya kepada liverpool baru2 ini...namun dia tetap dapat dicam oleh penduduk setempat,kerana tiada perubahan dari bahasa loghatnya dan kedudukan misai beliau.
















Abg Othman:Tuan pengerusi,kalu bleh jawatan yg tuan pegang skg bagi la kat saya ni....
Tuan Pengerusi:Hang sabar skit man,Lepaih 22 tahun nanti aku bagi la kt hang....
















Abg Rosly:Man...mkn tu elok2 skit man,malu kt tuan pegerusi sebelah tu...
Abg Othman:Lapooorrr niii....jgn ar kacauuu..


















Kak Saripah:Ada ke patut daging seketul ni jer yg diaorg tgglkan utk aku..ishk..ishk...



















Ketua Wanita:Aktivit kita seterusnya ialah mencarikan pasangan baru untuk suami2 kita...setuju...!!??
Wanita2 lai:GRRRRRR....!!!




















Ibrahim:Ha...Ha...makanan ini semua aku dah cmpur ngan bokolat(julap)padan muka korg...ha..ha...





















Ali:Makan ape tu abg Sham...??
Sham:Ntah..yg ada sos cili jer...aku rembat jer la...






















Abg Kamal:Apa la kau ni Bad...camtu pnya size minum air jer...kau tgk aku ni...3,4 pinggan dah abih skali zasss je..lps isap okok ni nk amik lg 3,4 pinggan...relax jer lg....
Bad:??????????























Rosly:Ala..abg kamal 3,4 pinggan..ni hah..!!satu dapur ni saya pnya sorang jer...tak bising punnn...
























Wajah2 anak kita,wajah peribadi kita...jagalah nama baik kami wahai anak2 ku...semoga kalian semua dipelihara dlm IMAN...aminnn

























Inilah wajah2 mereka yg x dpt masuk rumah setelah malam jamuan itu,akibat terlupa bawa kunci rumah.
SEKIAN,Jumpa lagi tahun hadapan...


























Assalammualaikum...Tuan2 dan Puan2 itulah aktiviti dan gelagat2 ahli kita pada malam jamuan tahunan kita.Mohon ampun dan maaf andainya usik mengusik tadi ada yg menyinggung perasaan andai semua.

ahli baru..

untuk makluman tuan2 dan puan2 kita mengalu2kan kehadiran ahli baru kita iaitu En.Sobri yang duduk betul2 dibelakang rumah En.Ibrahim.Untuk kaum adam byk ilmu yg boleh dituntut dgn en.Sobri ni...heeee.Walauapapun kami mengucapkan selamat datang,kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

No tel En.Sobri:0162132625(minat wrestling dia ni...bleh jd ahli kdai bulu skali ni...heeee)

Hari Raya Qurban

Penyertaan Qurban/ Aqiqah di Surau kita masih lagi ada kekosongan 4. Bayaran 1 bahagian 370.00. Sila hubungi urusetia Qurban En Mohd Noor 013 638 4190.

Dari Abg Othman

pehal ni...

tolongggg...x leh post la,tulis succes tp x leh view pla...apa ilap aku ni...

kenapa niii....

ada sesapa yg tau tak ngape saya h x boleh publish post lagi arrrr...

sekadar renungan bersama....


Ujar lelaki, wanita itu lemah,
Ujar wanita, mereka adalah lembut,
Antara lemah dan lembut. besar perbezaannya,
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya telah ditakdirkan ...
Kerana lembut,
wanita tidak gemar perbalahan kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat, di rumah…
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat,
Celik mata sarapan sudah terhidang
Pulang dari pejabat, di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...
bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...
bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak, wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam, wanita yang dianggap lemah...
terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian, membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati...
Ingin menghapuskan diskriminasi

Lantang membela nasib wanita.....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas isteri mengemas rumah, menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika isteri tidak terdaya melakukannya
Suami wajar membantu
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
'Kekayaan yg paling kaya ialah AKAL,
Kemiskinan yg palin besar ialah JAHIL,
Keburukan yg paling hodoh ialah SESAT'
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W.
Tak guna Ada MATA kalau tak dapt MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..... ..