Sunday, October 26, 2008

jom pergi pasar borong

pergi pasar borong kul 1.15am bertarikh 25/10. 5 orang tahan ngantuk kena pergi shopping barang2 BBQ. terima kasih abg kamal yang merelakan kia carennya menjadi lori pengangkut barang pasar. azhar lena dalam perjalanan. aku tidur awal sebelum dikejutkan zaizul pada pukul 1am. apa la korang nih, janji nak g pukul 2am, potong stim tidur aku.

sampai selayang sham join. dia tunggu di selayang. mula2 pergi sri ternak, cari kambing. dah pilih2 beberapa ketul kambing beku termasuk 3 leg, timbang, jumlah lebih kurang rm130. mamat bangla tu lepas dah potong2 slice untuk BBQ, baru tanya kenapa tak amik seekor je, murah sikit, dapat lagi banyak.. terus angkat 1 ekor kambing. baru rm177. yang dah potong2 tadi selamba je letak tepi. rosli cakap peduli je, belum bayar lagi!

sambil2 tunggu sekor kambing tu dipotong, sham, rosli dan aku pegi ke pasar borong baru nak cari ikan kembung, pari, udang dan sotong. first time masuk pasar borong tu. habis basah kaki kena air yang bertakung kat lantai pasar. nak jalan pun susah. pekerja pasar jalan laju je sebab diaorang semua pakai boot getah phua chu kang.

sham laju di depan, mentang2lah kaki dia panjang. rosli plak lambat2 di belakang. hampeh! saya kat tengah, nak catch sham? atau nak tunggu rosli? follow sham je lah sebab dia tengah nak cari sedara dia kat pasar, kot2 senang kerja kitaorang dan dapat murah sikit. lantaklah tinggal rosli, hanpdhone kan ada! dia tengah syok tengok ikan2 segar bugar murah2.

dah beli pari, kembung, udang, sotong dan kerang... total lebih kurang rm230! terus ke tempat kambing. zaizul, azhar dan abg kamal dah setel, tengah minum teh tarik. apalagi join TT dulu sambil makan nasi lemak. masa nak bayar, semua sepakat "claim!" hehehe. azhar minta bil dengan mamak.

sambung lagi kerja. beli air batu. sambil "lawatan ke kilang ais". hehe

sampai rumah dah kul 5.30am. kejutkan ibrahim sebab nak parking barang2 tu depan rumah dia. sembang2 jap, azan subuh!

Wednesday, October 8, 2008

Susu Ibu vs Susu Lembu

Assalamualaikum Wbt.

Sempena Hari Ibu ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di dunia ini… dan saya ingin berkongsi dengan semua pengunjung blog tentang artikel saya ini sempena hari ibu.

Salah satu yang membezakan di antara manusia yang bergelar ibu@ ummi@ emak dengan makhluk Allah yang lain termasuk insan bergelar bapa@ abah, segala haiwan-haiwan dan serangga2… tak lain dan tak bukan ialah… SUSU IBU…. (Well, susu drpd ibu lembu dipanggil susu lembu atau susu awal lembu kan?…. bukan susu ibu lembu). Sila baca artikel ini sehingga habis.. mungkin anda boleh sampaikan kepada ibu2 lain…

Kelebihan Susu Ibu

Susu Ibu mempunyai nutrisi yang lengkap untuk bayi termasuk kandungan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga mempunyai segala khasiat seperti vitamin, mineral, hormon dan antobodi yang diperlukan oleh bayi untuk membesar. Dan TIADA.. saya ulangi.. TIADA.. susu-susu formula.. susu lembu atau susu kambing yang setanding dengannya untuk tumbesaran bayi.

Ok lah.. anda memang meminati susu formula atau susu lembu… Tak pe.. tapi anda harus ingat..

  • Jika susu formula diberi kepada bayi di bawah umur 1 tahun, gejala alahan atau allergi akan meningkat untuk bayi anda.
  • Susu formula atau susu lembu memang ada vitamin dan mineral setelah ditambah oleh pakar-pakar untuk menyamai susu ibu… Walaupun begitu, ciptaan Allah tetap yang terbaik… antibodi tidak boleh ditambah di dalam susu formula… ini menjadikan susu ibu makanan paling power bayi..
  • Susu ibu adalah percuma… tak payah pergi supermarket beli.. jimaaaattt…
  • Hygienic… yelah tak payah jerang air panas, tak payah cuci botol… so si bapa, abah dan ayah tak payah bangun malam cuci botol dan buat susu… (eleh… memang tak pernah bangun pun!)…
  • Anak lebih rapat dengan ibu yang menyusukan menggunakan susu ibu...
  • Ibu yang inginkan badannya cepat langsing boleh mengamalkan penyusuan ibu kerana otot rahim lebih cepat mengecut dan lemak di badan akan digunakan untuk menghasilkan susu.

Susu Tak Cukup

Tapi kan… ramai ibu-ibu yang biasanya anak pertama… mengeluh.. bukan tak nak bagi… tapi tak cukup.. atau alasannya anak tak nak minum… walaupun alasan tersebut memang ada logiknya.. tapi mari kita sama-sama tengok...

  • Bila bayi menghisap puting, hormone prolactin terhasil di kelenjar pituitari di dasar otak, seterusnya hormone oxytoxin di hasilkan, menyebabkan pengecutan kelenjar susu..maka susu dihasilkan dan masuk ke mulut bayi. Semakin banyak bayi menyusu, maka lebih banyak prolactin terhasil jadi lebih banyak susu terhasil. Maknanya….. Kalau susu tak ada… bukannya kita berhentikan bayi itu dari menyusu.. sebaliknya kita kerapkan lagi susuan… nak elakkan bayi dehydrated.. kita sediakan juga sedikit susu formula sementara susu ibu nak terhasil.
  • Kadangkala kita mengikut pantang terlalu “strict”… Tak salah ye puan-puan… tapi macamana kita nak harapkan susu yang terhasil 2000 ml sehari (banyak tu.. boleh buat berniaga..hhehe)… kalau kita minum air pun 100 ml je sehari… Minum air kena cukup... Saya tak pasti kenapa orang tua strict sangat dengan air ni.. kadang-kadang depa kata nanti “kembang”… apa entah yang kembang… Menurut teori oleh Pakar saya… mungkin zaman dahulu, luka di tempat bersalin tu tidak berjahit (yelah dulu-dulu kan bersalin kat rumah).. kadang2 koyak tang sana- koyak tang sini… so nak elak dari luka tu terjangkit kuman, maka dikurangkan minum air, supaya kuranglah terkencing… bila kering cepat luka baik. Tapi sekarang luka dah berjahit, ada pulak antibiotik.. saya rasa alasan tu dah tak releven
  • Sekali lagi pasal pantang… susu ibu ini terhasil daripada pemakanan ibu yang seimbang… susu ibu kurang kalau ibu makan terlampau berpantang… contohnya nasi beberapa suap dengan ikan kering… buah-buah tak makan langsung… sayur pun tak makan… sup tak boleh minum (sup pun air).. susah kan.. ibu yang lepas melahirkan perlu makan makanan yang seimbang… kalau buah itu tak boleh… buah ini sejuk… awak beli je buah-buah luar negara.. epal ke apricot ke… susah jugak orang2 tua kita nak klasifikasi kan… tak tau mana sejuk mana panas…
  • Cara menyusu yang tidak betul. Sekiranya puan-puan tidak ada pengalaman menyusu, maka berlajarlah dari yang mempunyai pengalaman. Bantuan boleh didapati daripada klinik-klinik ibu mengandung atau hospital mesra bayi.
  • Tak nak bagi susu ibu sebab anda sibuk bekerja? Takut anak anda tak nak kat pengasuh? haaa..sekarang ni ada caranya... kalau anda betul2 sayangkan bayi anda... lihat di bawah...

Simpan Susu Ibu di dalam FREEZER?

Tak Bohong! Memang boleh masuk dalam freezer. Saya pun pernah buat… Walaupun mendapat tentangan daripada family awal-awal dulu… Kata mereka nanti anak kembung.. anak sakit… susu tak elok… Saya teruskan juga… Hasilnya, anak-anak saya mendapat susu ibu sehingga 5-6 bulan walaupun orang rumah bekerja. Mudah aje.. guna breast pump, masukkan dalam bekas plastik kecik… letak tarikh.. masukkan di dalam freezer (beku). Susu dalam freezer boleh tahan 3 bulan!
· Susu ibu di dalam suhu bilik tahan 4-8 jam
· Susu ibu di dalam fridge bawah tahan selama 5 hari - 1 minggu (letak kat belakang)
· Susu ibu di dalam freezer tahan selama 3 bulan – 6 bulan. (Wow! Tak tahu pun!)
· Untuk mencairkan susu beku, jangan guna microwave, air panas, atau air menggelegak. Cuma rendamkan di dalam air suam kuku atau air biasa sebelum digunakan, atau letakdi fridge bawah beberapa jam sebelum direndam di dalam air suam. Kemudian boleh transfer di dalam botol...


Di zaman teknologi, bidang perubatan juga telah berubah. Kajian demi kajian menunjukkan bahawa Ibu menghasilkan susu yang sangat baik untuk anak mereka. Kasihan sekiranya, para ibu tidak menganugerahkan susu ciptaan tuhan kepada anak mereka disebabkan oleh kejahilan mereka sendiri atau kejahilan ibu-bapa mereka. Pantang-larang tidak berubah sejak zaman berzaman… tetapi ilmu pengetahuan sentiasa ke hadapan … Selamat Hari Ibu…

http://drazwan.blogspot.com/2007/05/susu-ibu-vs-susu-lembu-selamat-hari-ibu.html

Sunday, October 5, 2008

ahli baru

ahli terbaru 1a5 telah dilahirkan pada 1 syawal 1429. diberi nama ahmad fitri farhan. lebih kurang pukul 22.19h. di husm, kubang kerian, kelantan. gambar dia belum di uploadkan lagi.

sihat. comel. syukur alhamdulillah.