Agak2 skali dia ngap brp orang la yg bleh masuk ye....??
Sunday, November 30, 2008
DAMAI SRI NIK HOMESTAY 24 JAM DI KUALA TERENGGANU
SALAM SEMUA AHLI DI JALAN 1A/5 , JIKA PERGI KE KUALA TERENGGANU , SILALAH MENGINAP DI HOMESTAY ABANG DAN KAK ZIE , DSN HOMESTAY 24 JAM .......
RUMAH BANGLO BERKONSEP ALA MINANGKABAU , MEMPUNYAI 4 BILIK KESEMUANYA.
BILIK-BILIK YG ADA :
1. MAHAGONI
2. MERANTI
3. MERBAU
4. JATI
KESEMUA BILIK KECUALI JATI DILENGKAPI AIR-COND , RUANG TAMU YANG LUAS DAN JUGA KEMUDAHAN DAPUR DISEDIAKAN. DI SAMPING ITU JUGA TV DI RUANG TAMU DISEDIAKAN KEMUDAHAN ASTRO ...DI HADAPAN HOMESTAY ...NUN INDAH PANTAI KUALA IBAI DIALUN HEMBUSAN BAYU LAUT CHINA SELATAN....BERHAMPIRAN MASJID TERAPONG DAN LEBIH KURANG 5 KM , JETTY KE PULAU KAPAS YANG AMAT MENARIK DILAWATI...
KADAR SEWAAN SEBUAH BUNGLOW - RM 350.00 ( TERMASUK KEMUDAHAN DAPUR )
- RM 300.00 ( TIADA KEMUDAHAN DAPUR )
UNTUK SEBARANG TEMPAHAN , SILA HUBUNGI ABANG ROSLY/ KAK ZIE.
TEL : 019-2307502, 013-3397876
Thursday, November 27, 2008
Kisah Lelaki Tua & 3org anaknya :
Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.
Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya.. jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.
Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu
Maka dipanggilnya si Harben.
"Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"
Apa yang dijawab Harben?
"Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap.
"Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.
Dipanggilnya pula si Anis.
"Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawab Anis?
"Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga.
"Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal.
"Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang.. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab,
"Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.Menyesallah dihatinya kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.
Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.
Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.
Sekian adanya.
APA PENGAJARAN CERITA INI.
Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.
Harben ialah HARTA-BENDA,
Anis ialah ANAK-ISTERI, dan
Amsal ialah AMAL-SOLEH.
Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ini jangan lah lupa dengan akhirat dan rukun Islam yang lima .
Sama-samalah kita mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat.
Wassalam.
dibaham harimau di zoo Singapura
Assalammualaikum,kepada tuan2 dan puan2,disini saya paparkan kisah yang amat menyayat hati tentang kematian seorang pekerja zoo di Singapura yang dibaham oleh harimau putih baru2 ini,dimana beliau adalah seorang rakyat Malaysia beragama Islam..Sedekahkanlah Al-Fatihah,semoga roh beliau dicucuri rahmat hendaknya.
Bersyukurlah jua kita kepada Allah S.W.T kerana mengurniakan kita pekerjaan yang baik serta harta2 yang mencukupi....sesungguhnya mati sewaktu mencari rezeki yang halal itu tergolong diantara mereka yang syahid......bagaimana pula bahagian kita???
AL_FATIHAH.......
Wednesday, November 26, 2008
Terima kasih semua
Mak & pak mentua aku sekrg kat mekah, aku harap korang dpt doakan diorang agar sihat dan selamat di sana. Moga2 mendapat haji yang mabrur. Mak & pak mentua aku kirim salam semua dan aku pun nak ucap thanks kat korang sbb menjayakan majlis solat hajat itu hari.
Sunday, November 23, 2008
AKTIVITI PARTY TUPPERWARE DIRUMAH TUAN PRESIDEN(23.11.2008)
Abg Rosly:Bagus barang ni Ros oiii...abg dah try dah,kau tengok mee hoon abg tu...segar je lagi.Ros:Jangan risau bang...kang pandailah saya pujuk si Rosli tu untuk jd ahli.
Abg Rosly:Letih dah aku bercakap...korang buat dek je ye...
Kaum wanita:Budak kat dapur tu makan sorang jer....tak ajak kita pun
Rosli:Tadi ada org sebut2 nama aku..tetiba diaorg buat tak nampak kat aku plak.
Inilah hasil cara mudah untuk membuat pizza...memang sedap,aku dah try dah....power beb,cuma tak dapat nk tambah je,nk minta lagi malu la plak heeeee....senamrobik utk kaum wanita
Oh! lupa, jadual utk senamrobik pd ahad jam 8.00pg.
drpd: faezah/bard
no 9,mahagoni 1a5
Thursday, November 20, 2008
PARTY TUPPERWARE - RUMAH NO 16 JLN1A/5
Apa kabar semua sihat ke? Saya, kak Fauziah , ingin menjemput semua kawan-kawan dan kalau boleh che abng2 semua datang ke rumah saya :
1. hari ahad, 23 hb november 2008
2. masa : 2.00 petang
3. Program - CARA MUDAH MEMBUAT PIZZA
Jemput datanglah dan ajaklah kawan-kawan mahupun saudara datang ke parti ini .
Selain itu kak Fauziah sendiri akan menjemput secara peribadi rumah ke rumah...
kepada suami-suami , bagilah galakan isteri-isteri kalian belajar memasak ...ehem ehem ,,,nanti kita juga yang kenyang ....
Kepada bloger2 ...sampai-sampaikanlah jemputan ini kepda member2 kita yg belum menjadi bloger Mahagoni1a5.....progrm ini memang sesuai untuk kaum wanita kita bertemu dan beramah mesra.......
kak Fauziah,abg rosly
No 16 mahagoni1a5
Tuesday, November 18, 2008
Balik kampung ...
Saya dan keluarga sedang bercuti di Kuala Terengganu selama seminggu .Saya sihat walafiat juga ahli2 keluarga saya . Saya menginap di rumah rehat saya di damai sri nik Homestay......untuk sesiapa yang berminat nak bercuti ke Kuala Terengganu bolehlah membuat tempahan melalui saya,,,heh heh....ada special member's price .....
kalau ada apa2 hal yg urgent sila hubungi saya,,,,,kalau hal-hal berkaitan dengan urusan Lorong kita, sila buat urusan dengan Timbalan Pengerusi kita abg Abu..
abg rosly
Sunday, November 16, 2008
Bendahari outstation
p/s:sesiapa yang nk kirim gudang garam boleh contact beliau.
Tuesday, November 11, 2008
KASIHNYA AYAH.....
Maka berlarilah kedua-dua mereka menuju kerumah,hujan yang begitu kuat telah membasahi mereka berdua disamping angin yang menderu laju memburukkan lagi keadaan.Sampailah mereka disebuah jambatan yang menghubungkan kampung mereka,malangnya air disungai itu terlalu deras dan sudah hampir mencecah lantai jambatan.
Lalu siayah berkata"Anakku peganglah tangan ayah kuat-kuat,ayah akan bawa kamu menyeberangi jambatan ini."
Jawab sianak"Tidak ayah,ayahlah yang patut memegang tangan saya dengan kuat."
Berkata siayah lagi"Apa bezanya?Bukankah ianya sama saja....?"
Sahut sianak"Ada bezanya ayah,andainya saya yang memegang tangan ayah,jika apa-apa berlaku dengan kudrat yang ada pasti saya tidak mampu untuk mengengam dengan erat tangan ayah akhirnya saya mungkin akan melepaskan tangan ayah,tetapi jika ayah yang memegang tangan saya,saya pasti ayah tidak akan melepaskan tangan saya biar apapun yang berlaku,kerana kudrat dan kasih sayang ayah melebihi dari apa yang saya ada."
Bersama hujan lebat itu,terlihat takungan airmata,dikelopak mata pada diri seorang lelaki yang bernama ayah......
Program Bacaan Yaasin
Insya-Allah , tuan rumah seterusnya pulak akan diadakan di rumah Haji Subri , ahli baru kita yang baru berpindah di belakang lorong rumah kita. Tarikh dan masa akan dimaklumkan kemudian .....
Pengerusi
Jalan 1A/5
Sunday, November 9, 2008
Rahsia bulan kelahiran
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros
JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja
OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan
SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik
OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat
NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik
Dimanakah bulan kelahiran anda..?Yang baik dijadikan tauladan,yang buruk pula sebagai sempadan.
Saturday, November 8, 2008
Premier League Keputusan Terkini
Friday, November 7, 2008
Aktiviti Malam Jamuan Tahunan 1A/5(25/10/08
Rosli:mari anak2 semua korang la yg paling beruntung dapat dgr suara pakcik tau,yg lain2 kalu x dgr rugi...pakcik johan karaoke kt ulu bendul 9x tau....!!Solehah:ishk..ishk...ishk..papa aku ni...kesiannnn
Sham:Ngape la asap ni x mau pegi jauh2...dah puas aku mkn asap ni...patutla....kipas ni ada cop....tuttttt(x bleh sbut bleh kena ISA beb)
Azhar:Alloooo..pn rahimah,ustazah ngan ali oiii...hangpa smua nk songlap ayam aku ka...!!hangpa smua jgn dok buat pleceh....!!
Budak baju coklat:Berani masuk la..!!nmpk kaki aku dah goyang2 ni..nk rasa servis kuda aku masuk la....Bro baju pink:Ye la kau li....kesian ar dgn dier..
Keluarga yg sihat dan bahagia tanpa melamine yg berlbihan...
Seorang penyokong setia MU telah menukar identitinya kepada Celtic,akibat kekalahan pasukannya kepada liverpool baru2 ini...namun dia tetap dapat dicam oleh penduduk setempat,kerana tiada perubahan dari bahasa loghatnya dan kedudukan misai beliau.
Abg Othman:Tuan pengerusi,kalu bleh jawatan yg tuan pegang skg bagi la kat saya ni....Tuan Pengerusi:Hang sabar skit man,Lepaih 22 tahun nanti aku bagi la kt hang....
Kak Saripah:Ada ke patut daging seketul ni jer yg diaorg tgglkan utk aku..ishk..ishk...
Ketua Wanita:Aktivit kita seterusnya ialah mencarikan pasangan baru untuk suami2 kita...setuju...!!??
Ibrahim:Ha...Ha...makanan ini semua aku dah cmpur ngan bokolat(julap)padan muka korg...ha..ha...
Abg Kamal:Apa la kau ni Bad...camtu pnya size minum air jer...kau tgk aku ni...3,4 pinggan dah abih skali zasss je..lps isap okok ni nk amik lg 3,4 pinggan...relax jer lg....
Rosly:Ala..abg kamal 3,4 pinggan..ni hah..!!satu dapur ni saya pnya sorang jer...tak bising punnn...
Wajah2 anak kita,wajah peribadi kita...jagalah nama baik kami wahai anak2 ku...semoga kalian semua dipelihara dlm IMAN...aminnnahli baru..
No tel En.Sobri:0162132625(minat wrestling dia ni...bleh jd ahli kdai bulu skali ni...heeee)
Hari Raya Qurban
Dari Abg Othman
sekadar renungan bersama....
Ujar wanita, mereka adalah lembut,
Antara lemah dan lembut. besar perbezaannya,
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya telah ditakdirkan ...
Kerana lembut,
wanita tidak gemar perbalahan kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat, di rumah…
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat,
Celik mata sarapan sudah terhidang
Pulang dari pejabat, di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...
bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...
bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak, wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam, wanita yang dianggap lemah...
terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian, membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati...
Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita.....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas isteri mengemas rumah, menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika isteri tidak terdaya melakukannya
Suami wajar membantu
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
'Kekayaan yg paling kaya ialah AKAL,
Kemiskinan yg palin besar ialah JAHIL,
Keburukan yg paling hodoh ialah SESAT'
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W.
Tak guna Ada MATA kalau tak dapt MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..... ..
Thursday, November 6, 2008
Majlis Bacaan Yaasin
Dijemput ke rumah saya pada :
Hari Jumaat , 7 November 2008 pada jam 9.00 malam untuk majlis Bacaan Yaasin .
Abg rosly.
Pengerusi
salam dari Pengerusi Lorong 1A/5
Terima kasih kepada semua yang terlibat dlam menjayakan program perjumpaan Tahunan 2008 pada 25 Oktober 2008 baru-baru ini . Alhamdulillah ...Majlis tersebut telah berjalan dengan lancarnya . Sekiranya ada kekurangan dan kesilapan , saya bagi pihak AJK Khas untuk Majlis ini ingin mengambil peluang ini memohon maaf dan bersedia untuk memperbaiki lagi Insya-Allah, di masa akan datang . Sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua ahli dan tak lupa pihak isteri-isteri dan anak-anak kita yang sama -sama menjayakan program pada malam itu . Syabas kepada semua.......Insya-Allah ,kita akan cuba melaksanakan semua aktiviti yang telah kita rancang mengikut kemampuan buget kita. Justru itu pastikan semua ahli jgn lupa untuk berjumpa dengan Bendahari kita ....abg Osman.
Pengerusi Jalan 1A/5
Rosly
al fatihah
sepanjang lebih 4 tahun mengenali arwah, arwah seorang yang sentiasa cool dan mengambil berat tentang hal-hal keselamatan taman kita. selalu mengkhabarkan berita-berita sensasi tentang kegiatan yang tidak diingini di kawasan kita sebagai langkah berjaga-jaga.
semoga arwah dalam keredhaan dan rahmat Allah. sekian.
Tuesday, November 4, 2008
senyum-senyumlah,kerana ianya sedekah...
Tuan2 dan puan2 yg dikasihi,sementara menunggu kisah dan gelagat pada malam sambutan ulang tahun lorong kita,saya sajikan dulu 3 kisah yang mgkin dpt mghiburkan hati tuan2 dan puan2 semua...terimalah dari saya...........




























