Sunday, February 22, 2009

TEKA TEKI....

Memandangkan Blog ni dah sunyi sangat...jd saya akan memberi beberapa teka teki untuk tuan2 dan puan2 menghilangkan rasa bosan dan sunyi setiap kali menatap blog ni...hehehe

1)Antara basikal dan motosikal siapakah yang lebih tua?
2)Kenapa kalau kita naik teksi,kita tak bayar duit dulu?
3)Benda apakah ayam diluar ikan didalam?
4)Ibu dan anak yang paling banyak jasa ialah...?
5)Banyak-banyak cinta,cinta apakah yang boleh dimakan?
6)Pohon kayu yang paling glamour dan cerdik?Kenapa?

Friday, February 13, 2009

Uji Minda...

Selesaikan masalah dibawah:-

Si A ingin membeli sepasang kasut yg bernilai rm97,malangnya dia tidak mempunyai wang,lalu dia pn meminjam wang dari si B sebyk rm50,dan pada si C sebanyak rm5o juga.Selepas si A membeli kasut tersebut maka masih ada baki sebanyak rm3 padanya,lalu si A ingin mengurangkan baki hutangnya pada si B dan si C,lalu dibayarnya pada si B sebanyak rm1,dan si C sebanyak rm1 juga,jadi baki hutang yang tinggal pada si B ialah rm49 pada si C juga rm49,baki pada si A tinggal rm1,masalah pada si A ialah apabila dikiranya semula baki hutangnya pada si B dan si C ialah rm98,termasuk baki yang masih ada ditangan si A ialah rm1,jika dicampurkan kesemuanya iaitu rm98(baki hutang si A)campur rm1(baki yang tinggal pada si A)baru berjumlah rm99,sedangkan jumlah hutang keseluruhan si A ialah rm100,manakah perginya lagi 1rm?

Hah...!!!apalagi jawab ler,sesuai untuk adik2 bagi mengasah minda(untuk ibu bapa pn baguih jgak)saya nantikan jawapan anda...!!!

Wednesday, February 4, 2009

notis penting!!!

notis ni aku jumpa ditampal dekat pintu masuk masjid maahad tahfiz dekat wakaf che yeh.untuk renungan, muhasabah dan tindakan kita bersama. [lu pikir lah sendiri!]

kejohanan badminton terbuka

terbuka utk warga opis ni je. hehehe last monday mula main 8pm - 10pm. best gak dapat kuar peluh sambil2 praktis gaya libas kuda batang kali. hehe.

kat dewan dato' lundang. aku rasa saiz court pendek skit kot sbb aku mampu pukul sampai belakang, bukan selalu half court mcm ygjadi kat dewan chan. gambar aku takde la sebab aku yang amik gbr. sori lah, guna sony ericsson zzz-i je.

Kisah seorang isteri....

Disebuah desa yang terpencil,hidup sepasang suami isteri yang hidup sederhana,suami yang bersifat agak pendiam siisteri pula sangat suka berleter.Saban hari pasti ada saja yang dileteri oleh siisteri pada suaminya walaupun kesilapan yang agak kecil pasti berjam-jamlah sisuami akan mendengar leteran siisterinya,kalau kesilapan yang besar yang berlaku berhari-harilah pula yang akan ditanggung oleh sisuami akan leteran isterinya.Akibat sikap siisteri ini,sisuami hanya makan hati..dari bulan ke bulan hingga dari tahun ke tahun,sehinggakan kurus keringlah sisuami tadi.

Suatu hari akibat sudah tidak tahan sangat menanggung derita,maka sisuami bertemulah dengan rakan-rakannya untuk meminta pandangan mereka untuk menyelesaikan masalah yang ditanggungnya.Berbagai pendapat dan pandangan yang diterima namun tidak ada satu pun yang boleh diguna pakai,sehinggalah seorang rakannya memberi pandangan "Aku rasa tak ada jalan lain lagi untuk menyelesaikan masalah yang kau alami bertahun-tahun ini,hanya ada satu jalan sahaja...."
"Apa dia..?bagitaulah segera,aku sudah tidak dapat menanggung derita."
"Mudah saja,kan hutan dibelakang rumah kau ada perigi buta,gunakanlah helah kau untuk membawa isteri kau berjalan-jalan dihutan itu,sesampai diperigi buta itu,kau tolakkan dia kedalam perigi tersebut,pasti selepas itu masalah mu akan selesai,kerana jika dia masih hidup bersama mu masalah mu pasti tidak akan selesai."
Maka sisuami tadi termakan pula akalnya akan pandangan kawannya itu.

Pada suatu petang sisuami pun menggunakan segala tipu helahnya,untuk membawa siisteri kedalam hutan tersebut,akhirnya berjaya jua rancangan sisuami tadi sesampai diperigi buta itu ditolaklah isterinya kedalam perigi buta tersebut,setelah selesai sisuami punpulanglah dengan senang hati.

Hari demi hari yang dilalui oleh sisuami tanpa isterinya bagaikan ada saja yang tidak kena,resah gelisah,sunyi dan dia rasa terlalu rindu sangat dengan isterinya lebih-lebih lagi dengan leteran isterinya,tanpa leteran isterinya hidupnya bagaikan tidak bermakna.

Setelah 2 minggu berlalu akibat terlalu rindu dengan isterinya,sisuami pergi kembali ke perigi buta itu,sesampai disana terus dia menjerit2 memanggil nama isterinya bertalu2,tetiba ada sahutan dari dalam perigi tersebut,dicampakkanya tali yang memang telah dibawa disuruh siisteri berpegang pada tali tersebut sambil sisuami terus menarik sekuat hati,alangkah terkejutnya sisuami yang timbul bukanlah isterinya tapi berupa lembaga hitam yang berbulu lebat.

Ditanya oleh sisuami"Siapa kamu..?"
Jawab lembaga hitam"Akulah penunggu perigi ini,apa yang kau mahu..?"
"Aku mencari isteriku yang ku campakkan 2 minggu lalu disini,akibat aku tidak tahan dengan leterannya"
"Ohhh...wanita itu isteri kamu,terima kasih kerana kamu ingin mengambilnya kembali,tetapi kenapa kamu lambat sangat,2 minggu bersama isteri kamu umpama 2 tahun yang kami rasa,habis kami semua sebagai warga penunggu dileterinya,hinggakan bulu yang tumbuh diseluruh tubuh kami serta kulit kami yang hitam pun menjadi bahan leterannya,dikatanya kami ini semua malas mandi dan malas bercukur,ambillah segera isteri kamu itu..!!"
Sisuami hanya tersenyum kambing mendengar perkhabaran yang disampaikan oleh penunggu perigi buta itu......



MORALNYA:LU PIKIRLA SENDIRI.......!!!!