Wednesday, September 30, 2009

Takbir Raya




Alhamdulillah.....dengan berkat izin-Nya, pada tahun ini takbir Hari Raya Aidilfitri dapat dijalankan.Semuanya ada lapan wakil untuk lorong 1a/5.Takbir kali ini diketuai oleh Pakcik Ajil dan En. Ibrahim,bermula dari rumah Pakcik Agil dan berakhir dirumah Tuan Presiden iaitu En.Rosly.Majlis bermula jam 9.30 mlm dan berakhir pada jam 12.15 mlm.Istimewanya kali ini ialah hidangan pada setiap rumah diadakan,bukan seperti biasa dimana kita akan memilih sebuah rumah yang terakhir sebagai tempat jamuan,kali ini kami berpakat mengguna pakai tradisi lama,alhamdulilllah akhirnya selama sebulan masing2 susut berat badan hingga 5 kilo,malam itu hanya beberapa jam saja kami dapat semula berat badan yang lama hehehe...Kali ini juga semua tuan rumah berucap memohon ampun dan maaf dan juga ucapan terima kasih pada ahli jemaah yang hadir,walaupun ucapan agak berterabur dan tak tau ujung pangkal hehe...maklumlah nervous lagi.....Semoga aktiviti ini akan berkekalan untuk selamanya untuk meningkatkan lagi ukhwah sesama kita.Insyallah...

Friday, September 18, 2009

Dari Tinta Blues Ku.....

Beberapa hari lagi Aidilfitri akan bakal menjelma,hari yang disambut dengan meriah dan penuh kesyukuran, tanda kemenangan umat islam melawan lapar dan dahaga jua kebuasan nafsu yang membara.....tahniah.Tapi....adakah kita terfikir,dalam kita menyambut dengan penuh kemeriahan,ada ramai lagi yang dalam kedukaan,yang kehilangan orang yang tercinta,yang menyambut dengan penuh kedaifan,yang menanti orang tersayang yang masih tak kunjung tiba.Lalu apakah tindakan kita....!!?Aku pun tak tau...hehehe,tapi bagi aku masih ada jalan,iaitu doa kita sewaktu selepas solat untuk kesejahteraan seluruh umat Islam,aku rasa inilah yang termampu kita lakukan serta tunaikanlah zakat.

Bagi muda mudi yang masih suka merempit...ingatlah,walau ramai yang membencimu,namun masih ada jiwa dan hati yang menyayangimu...oleh itu jagalah sedikit hati yang masih mengasihi dan menyayangimu,kerana aku pasti kalian tidak akan dapat ganti hati yang mengasihimu sekalipun kalian adalah raja dijalan raya,sekalipun kalian adalah raja wanita,kerana suatu hari kalian akan rasa kekosongan.Bila saat itu tiba kalian akan membeku diterik mentari dan kehangatan didalam titisan hujan.Apa yang kamu perlukan...??Keredhaan dua hati yang melahirkan,membesarkan dan memberi pendidikan pada kamu....Ya,itulah yang kamu perlukan,kerana keredhaan-Nya terletak diatas keredhaan dua hati yang suci tadi......Tapi jika kalian tidak berjaya memilikinya dunia ini adalah semata-mata pentas untuk kamu menari yang terus menerus membungkamkan hati kamu.Waktu itu sujud adalah perkara yang amat sukar untuk kamu lakukan,kerana dibelakangmu telah diikat dengan paksi kesombongan dan keangkuhan yang tinggi.Pemuda dan pemudi sekelian,lihatlah jam ditangan masing-masing,masihkah ada masa untuk kalian mendamaikan dua hati suci tadi?Masihkah ada masa untuk kalian longgarkan bahagian belakang untuk sujud pada-Nya?Jika ya..!!!Cepatlah,bersamalah kita tukar warna warni hidup kita.

Pada semua sahabat-sahabat yang mengenali diri ku ini,dikesempatan ini kami sekeluarga memohon ampun dan maaf yang lahir benar-benar diNur hati ini,andainya ada silap kami yang berupa percakapan,perbuatan,tingkahlaku,makan minum kami, yang kami sedari atau tanpa kami sedari,sekali lagi kami sekeluarga memohon ampun dan maaf dari tuan-tuan.Maafkanlah kami insan biasa yang dipilih oleh Allah bersama tuan-tuan untuk melengkapkan hari kehidupan sementara kita.Yang akan pulang ke kampung untuk berhari raya kami sekeluarga mendoakan agar tuan-tuan selamat tiba dan selamat pulang kembali.

SALAM MINAL AIDIL WAL FAIDZIN DARI ZAIZUL,RAHIMAH DAN HIDIR.MAAF UNTUK SEGALANYA.......

Monday, September 14, 2009

Dari Tinta Blues Ku.....

Kali nie aku nk ajak korang semua masuk dan mengimbau kembali pada zaman kanak2,apa yang seronoknyer...?Nie yg aku nk citer nie,aku nk citer pengalaman aku main perang2 mggunakan mercun.Korang pernah main tak benda2 camni...kalu korang trgolong dari budak2 bandar atau skema sgt mgkin tak rasa permainan spt nie..hehehe,maklumlah permainan nie memang bahaya dan terlalu jantan,hanya keberanian,strategi yang bagus dan senjata yang lengkap saja yang dapat menyertai permainan ini,permainan ''BERANI MATI''.Bukan cam main paint ball tu...lengkap segala2nya,kami hanya memerlukan doa dan ilmu2 kebal yang kami pelajari untuk bertempur...hehehe.

Sebelum aku mulakan cerita dari pengalaman aku ni,eloklah rasanya aku menerangkan serba sedikit senjata asas yang perlu ada bagi ahli perang seperti kami:-

-Mercun terang(Bila dibakar dia akan terbang tinggi,mletup dan mengeluarkan cahaya yang terang diudara)Fungsinya ialah sebagai peninjau,untuk melihat tempat persembunyian musuh.
-Thunder Clap/Cat,fungsinya menyerang tempat persembunyian musuh/kubu.
-Mercun Katak,berfungsi untuk megucar kacirkan musuh jika berjalan didalam satu kumpulan
-Mercun bom,bola,ketupat berfungsi sebagai senjata utama untuk memusnahkan deria pendengaran,penglihatan,tubuh badan dan kubu musuh(Tetapi mercun ini jarang kami gunakan,biasanya kami perang dingin jer...tapi kalu betul2 berdendam mercun ini akan digunakan bila perlu sahaja)
-Bunga api,dibakar dengan banyak berfungsi untuk mengaburkan pandangan musuh atau untuk melepaskan diri melalui asapnya yg tebal.
-Mercun Das(15/30 das)mercun ini digunakan jika terjumpa musuh one by one atau face to face,dihalakan tepat pada musuh...(nasib korang la..hehehe)

Itulah serba sedikit senjata asas yang perlu ada,untuk mendapatkan senjata ini terpulanglah bagaimana caranya samada merengek kt mak bapak,curi duit bapak,curi senjata2 td dikedai atau berhutang.Tapi cara yang popular adalah no dua tadi iaitu curi duit mak atau bapak...hehehe

Peperangan ini akan kami mulakan bila solat tarawikh dimulakan(masa nielah line tgh clear...hehehe sori imam)maka kami akan berkumpul disatu padang yang tak berapa padang(sebab tmpat tu semak,dikelilingi rumah orang,brbukit2 sng citer padang yang tak siaplah)di Taman Seri.Biasanya musuh kami ialah Kg. Kuantan dan Sg.masin sebentar lagi akan bermulalah peperangan yang amat HEBAT........

Malam ini perang akan bermula, ini adalah peperangan dendam, bukan perang dingin tau..!!!pengalaman perang yang paling hebat yang pernah kami harungi,paling tragis dan menyayat hati.....ketua kami si Khairi telah bertemu denga ketua dr Kg.Kuantan.Masa hanya diberi selama 5 minit untuk mengatur strategi dan tempat persembunyian.

Masa yang ditetapkan pun tiba..maka mercun terang terus dipasang oleh kedua2 pihak maka terang benderanglah padang yang tak berapa padang tadi,nampaklah kelam2 kelibat musuh, maka thunder clap dihalakan antara satu sama lain bersimpang siur diantara kami,ada jeritan yang kami dengar dari pihak musuh...ahhh tak perlu dikasihani mereka itu, negara perlu dipertahankan, lawan tetap lawan..!!!Tiba2 tmpat persembunyian kami dihujani oleh tiga butir mercun katak,ketua kami telah perasan lalu dia pun menjerit...LARI...!!LARI...!!,maka kami dengan segera meninggalkan lubang persembunyian kami,mana yang lambat keluar dari lubang telah menjadi mangsa durjana mercun katak tersebut,kesian lasykar2 kami tadi yang turut terlompat2 macam mercun katak tu jugak...habis pakaian seragam mereka koyak2(kain pelikat...hehehe)

Untuk seketika suasana sunyi seketika...kami sedang mengatur strategi seterusnya,lalu kami merancang untuk membakar seberapa banyak bunga api,kami nekad untuk bergerak kekubu musuh untuk perlawanan one by one.Maka hampir 4 cekak bunga api dipasang serentak, sekejap itu jua asap tebal telah memenuhi kawasan perang,kami menutup hidung dan mulut,menyusur perlahan2 kearah kubu musuh, kami makin hampir,semakin hampir.... yang kedengaran dari pihak musuh ialah thunder clap yang tanpa arah tuju,kami tersenyum sebentar lagi mereka akan terkorban...mercun das yang kami sisipkan dipinggang kami ambil ada yang 30 das dan ada yang 15 das,setelah begitu yakin kami mula mencucuh satu persatu mercun das kami,letupan pertama terus kami serentak tujukan dikubu musuh,beratus-ratus das kami tujukan pada lubang kubu musuh....tapi..........ianya kosong,kami berpandang satu sama lain,pembaziran telah berlaku sementara mercun das kami terus menerus memuntahkan isinya,lama kelamaan semuanya telah habis,dimanakah mereka....?

Tiba-tiba....SERANGGGGGGGGGGG.....!!!!Suara dari arah bekang kami bergema,kami berpaling..ohh tidak....!!!kami diserang hendap dengan mercun DAS,kami lintang pukang berlari tanpa arah yg nak dituju,kami telah terpisah....adoiiii...!!adoiiii....!!!jeritan dari askar2 kami,tewaskah kami kali ini...???Bunyikan wisel...!!bunyikan wisel....!!Teriak ketua kami kepada pasukan semboyan kami iaitu si Nizam...Selamatkan dirrrr....!!!!Suara Khairi tersangkut dan hilang begitu saja,apa terjadi padanya....!!?tertawankah ketua kami yang licik ini,atau terkorbankah dia....???Kami nampak seorang askar kami berlari begitu laju hingga mengeluarkan api,"Bodoh...tu bukan laju sampai keluar api,tu kain fendi terbakarlah..."jawapan Man bila kuutarakan kekaguman ku pada Fendi tadi...hehehehehehehe.

Maka bunyi wisel dari pihak kami pun ditiup,sebaik saja wisel ditiup terlihatlah kelibat-kelibat askar didik kami yang berusia dari 9-12 tahun yang berjumlah lebih kurang 15 orang berlari bersama mercun das (inilah strategi rahsia kami),aku bersyukur sangat kerana ketika ini aku sedang diburu dengan mercun das,namun nasib tidak selalu baik,aku terkena das dari pihak musuh dibahagian dada aku,aku jatuh lesu,hanya tangan ku saja yang mengibas2 didada untuk memadamkan api yang membakar seragam ku...aku terduduk dibalik semak, hiba sangat hati ku,air mata mengalir perlahan,ku pandang pakaian seragam ku ini,aku pasti jeneral perang akan menyumpah seranah ku kerana robeknya seragam ku, iaitu baju melayu baru untuk raya ku,aku terbayang jeneral(arwah ibu aku la...) dgn talipinggang ditangannya.waaaaaa.....waaaaaaa.....waaaaa.....matilah aku.

Bangunnnn...!!!!Lawan Balik....!!!!Suara ketua kami kedengaran,dia masih ada...tapi....kenapa suaranya besar semaca jer...ahhh,lantaklah,aku bersemangat semula pabila kulihat askar didik kami sedang menghambat pihak musuh, bersama suara ketua kami yang kami hormati,ku genggam erat2 dua biji mercun bola ditanganku,semangatku terus membara untuk menghapuskan musuh durjana....kebetulan hampir ditempat persembunyian ku,aku terdengar suara2...aku pasti ini suara musuh ku sebab mereka mggunakan loghat kampar...hehehe,lantas aku merangkak perlahan2 kearah tmpat persembunyian mereka,apabila telah hampir, mercun bola kunyalakan lalu kulempar kearah mereka..."Adoiiii...!!!Pocah ar telingo den..!!"Hehehe...aku ketawa puas,aku pasti koranglah yang telah membakarkan baju aku ini...hehehehe,dendamku terbalas.

Maka letupan mercun bola pun bermula suasana mula bingit,musuh mula menyepikan diri dan lari lintang pukang,hoorayyy...kami menang lagi,kami mula berkumpul semula didalam gelap,mengucapkan tahniah antara satu sama lain...sungguh gembiranya kami,tiba-tiba....Serang....!!!Laungan dari musuh kedengaran lagi,mereka melontarkan sesuatu yang kami rasakan tidak bahaya,tetapi boleh melemahkan kami semua,mereka telah menggunakan senjata yang dilarang samasekali penggunaanya samada NATO,PBB atau pertubuhan apapun,mereka menggunakan bom kimia,mereka telah lontarkan kepada kami air longkang yang sangat busuk baunya yang telah dibungkus didalam plastik....hampeh betul.Kecebus...atas kepala Isa,kawan kami ini...warghhh..kah..kah...bau longkang siol...kami melarikan diri,beberapa anggota kami lemah tak bermaya bila terkena bom tersebut...hehehe

Tiba-tiba suasana jadi amat sunyi,tiada lagi lontaran bom kimia,kami keheranan...lalu kami pun keluar dari tmpat persembunyian,apa yang kami lihat amat memeranjatkan beberapa gerombolan musuh baru telah tiba dengan saiz yang lebih besar menuju kearah kami,adakah ini strategi baru pihak musuh...??"Pasang mercun das..!!!"Teriak Khairi,kami pun mengeluarkan baki mercun das yang kami ada dan kami nyalakan."Tembak..!!"Laung Khairi,kami yang patuh pada ketua terus menembak kearah musuh2 kami yang besar itu.....tapi,mereka tiada kesan apa2.mereka hanya menepis dengan tangan saja peluru2 kami...siapakah mereka ini...??Adakah kami akan tewas teruk kali ini?Ya memang kami tewas teruk bila terdengar suara"Cilako korang ni,balik..balik...!!!"Sekali rupa-rupanya bapak2 kitaorang daaaa..(bapak aku tak de,sbb akukan duk jauh,mana bapak aku tau,yang dia tau aku nk gi tarawikh jer...hehehe)mencicit kitaorang lari,mana yang kena tangkap tu ada yang kena penyepak berguling-guling...hehehe,kesian pun ada.

Keesokan malamnya kami berkumpul lagi,tapi tobat kitaorang tak main perang lagi...pertemuan kali ini penuh dengan hilai tawa, apabila kami berjumpa sesama kami dengan peristiwa dan rupa yang baru.Khairi..patutlah suara dia besar,rupa-rupanya sewaktu dia berlari lehernya telah tersangkut kat ampaian rumah orang,suara dia dah macam suara Yusni Jaafar tertelan tongkol jagung...hehehe,Manan dengan fesyen rambut sulah ditengah akibat mercun das,aku dengan baju melayu baru yang koyak,fendi dengan hidung yang dah macam badut sebab terlanggar pintu balairaya KEMAS,sewaktu dia berlari sebab kainnya terbakar,Ajis yang jln terkengkang-kengkang sbb anunya melecet sikit kena serpihan mercun katak yang masuk dalam kain(dia ni tak suka pakai spendar..hehe),Isa orang yang mula2 kena bom kimia,smpai mlm tu bau longkang terus,Puri terpaksa teraba-raba skit ketika berjalan sbb cermin mata dia hilang waktu kena penyepak dan penampar ngan ayah dia..hehehe,kesian dan ramai lagi dengan peristiwa masing-masing.Tentang aku pula, bila balik rumah arwah mak aku punya membebel tak tau nk citer la....tp ayah aku cool jer,katanya itulah darah panglima....thanx abah,hehehehe.......

Hari ini semua itu smua menjadi kenangan terindah buat ku dan teman-teman,masing-masing dah beranak pinak,mencari harta dan mencari keredhaanNya jua,bila sesekali bertemu cerita ini akan kami paparkan hingga meleleh air mata.....Namun ada jua diantara kami yang telah dijemput oleh-Nya,iaitu arwah Ajis dan Puri(adik-beradik),semoga roh kalian bersemadi bersama-sama dengan orang yang dikasihi-Nya...Al-Fatihah.

Terasa makin sunyi sekarang ini,bila melihat anak2 kini yang hanya tau bermain video game,rempit, menonton video yang bukan-bukan..permainan yang mahal-mahal,ikatan erti sahabat makin pudar......dari tinta blues ku,aku akan trus mengimbau kisah lalu yang ada di kalbu........

Assalammualaikum

Saturday, September 12, 2009

Blues.....

Di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini,tetiba jer aku terasa sesuatu....sesuatu yang amat sukar dimengertikan dan difahami,ianya hampir kepada sunyi,rindu,resah mungkin juga bluessss.Apa yang aku nak perkatakan disini ialah korang pernah tak rasa perasaan ini pada seseorang seperti kawan yang korang kenal masa disekolah rendah atau yang bertahun2 korang tak jumpa,tetiba jer korang ingat kat dia balik,masa tu perasaan jangan cakaplah,memang ridu sangattttt.....tapi kat mana diaorang skg nie?hidup lagi ke?Persolan macam nie yang sering menggangu jiwa blues aku.

Tapi itulah hakikat hidup,bertemu hanya untuk berpisah,gembira untuk duka,bahagia untuk dikecewakan,hidup untuk mati,itulah kata2 arwah ibuku.....rindu adalah nikmat pemberian-Nya,untuk kita sebagai insan.Tak payah kita tgk jauh2 disekeliling kita pun dah ada contoh,dulu keakraban kita bwk sampai kepagi,ujung minggu dikedai kopi bersama-sama,berjaga malam,bertanya khabar diantara kita,peristiwa lucu,duka bertelagah pendapat pun kita nikmati bersama2,sekarang...??Tapi aku faham,smua kita ada tanggungjawab yang perlu kita laksanakan,sebab kita perlu menjawab dengan-Nya atas apa yang diberika,cuma aku RINDU suasana itu.

Cuma aku harap keakraban ini akan berterusan didalam hati,andai 30tahun lagi(kalu umur pjg la)kita terpisah,cari2lah kita sesama kita,jangan jadi seperti kawan2 kita yang disekolah rendah dan yang sudah tak dengar khabar berita,kerana kita akan rugi, bila rindu mula menjengah dihati mana kita nak cari.

Arwah Ibuku,empat orang anaknya meninggal waktu kecil(adik beradik akula,semuanya lelaki),katanya saban hari dia menanggung rindu untuk bertemu dengan mereka,lebih2 lagi dengan hampir tibanya Aidilfitri,hanya Allah yang tahu perasaanya.Terbayang tentang gelagat mereka untuk menyambut ketibaan aidilfitri,kenakalan,rengekan untuk berpakaian baru,semuanya akan dilayan dan dipenuhi oleh arwah ibuku walaupun kehidupan kami ketika itu umpama kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang(tapi kami bukan ayam tau...!!!)Tahu tak bagaimana dia cuba memujuk perasaan rindu dendamnya itu?Ibuku berkata "Tak pe Allah lebih sayangkan mereka,kalau diizinkan Allah keempat2 anak emak akan tunggu mak ditelaga Al-Kautsar"Itulah perkataan yang sering dikatakan untuk merawat rindunya.Hari ini ibu dah tak de....mungkin rindunya telah terubat,wallahualam.

Kita pula sebagai anak yang tiada ibu(sebahagian),apakah mempunyai rindu hari2 seperti tadi,atau bila Aidilfitri tiba baru kita nak menangis dan menyatakan rindu diatas pusaranya.Atau Ramadhan tiba baru ada doa untuk orang yang tersayang,adakah arwah2 yang kita sayang tadi hanya perlukan kita di Ramadhan atau awal Syawal......entahlah,subjektif betul benda-benda nie.

Aku saja nak bawak korang dalam dua situsi yang berbeza kawan dan ibu,untuk mendalamkan perasaan rindu ini,aku cuba untuk memahami dengan lebih lanjut tentang erti rindu kerana bila rindu terbit maka timbullah sayang,namun ada satu dzat dimana kasih dan sayangnya melebihi kasih dan rindu seorang ibu pada anaknya 1000 kali ganda,itulah rindu dan sayangnya Dia pada hambanya,aku pun kadang2 terlupa untuk rindu dan sayang pada-Nya....arghhh ruginya aku,yang sering terleka dengan mainan dunia ini,sedangkan Dia.......Ampunilah aku.

Akhir penulisan ku ini,ingin sekali aku memohon ampun dan maaf pada sesiapa jua yang membaca ruangan ini,andai tersinggung perasaan kalian,atau aku membawa kalian kealam blues aku ini,aku hanya menyampaikan apa yang aku rasa....sebenarnya aku sayang sangat korang semua,sayang sangat pada teman2 yang telah hilang berpuluh2 tahun,sayang sangat pada mak dan abah,sayang sangat pada arwah mak,sayang sangat pada jiran2 ku yang baik-baik belaka,sayang sangat pada keluarga ku yang membuatkan aku debab begini,isteri-isteri..oopss silap,isteri saja,anak......tapi adakah Allah akan sayang kt aku insan yang lemah sebegini,arghhhh.....,Salam Aidilfitri untuk semua,yang baik datang dari Allah,yang buruk datang dari diriku,hamba Mu yang hina ini.......Ohhhh bluesnya aku di Ramadhan Al-Mubarak ini.

Assalammualaikum.....

Wednesday, September 9, 2009

ORANG PERTAMA

Apa2 pun aku nk jadi orang pertama yang mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri,mohon maaf zahir dan batin"Yahoooooo......nk raya dah,hehehehe....