Tuesday, February 16, 2010

Percutian Lorong 1A/5 Ke Sungai Pinang Sempena Cuti Tahun Baru Cina(15/2/2010)

Inilah mek-mek yang menjaga khemah,sesiapa yang ingin menggunakan khemah untuk menyalin pakaian akan dikenakan bayaran sebanyak 20sen,hasil kutipan akan didermakan ke persatuan renang kuak lentang sedunia.
Secara tidak sengaja,bakat seorang perenang muda telah dicungkil dan dijangka akan menyertai sukan olimpik pada tahun gajah akan datang.

Inilak anak2 yang kehilangan ibu bapa mereka,menurut sumber yang boleh dipercayai,ibu bapa mereka telah menyertai acara terjun tiruk dibukit sebelah hingga terlupa akan anak-anak mereka.


Inilah dia lifeguard yang dibawa khas dari Tamu Hill untuk memantau keselamatan semua ahli,tapi lifeguard ni lebih makan dari bertugas.



Hang punya gaya dah ok dah,tapi awat dari tadi aku tengok hang tak lompat2..??




Macamana nak lompat mamu,ada pampers terapung depan tu.....




Kasihnya ibu membawa ke syurga,kasihnya ayah mendengar kata,kasihnya saudara semasa berada....kasihnya anak ketika ayah sihat saja,kasihnya kawan bila boleh pergi minum bersama...tak percaya apa yang aku katakan,lihatlah gambar diatas,ketika abang Abu kelemasan,anak2nya buat dekkkk jer....tu,kawan baik dia yang baju merah tu..boleh buat tak nampak ajer.....isk,isk,isk.
Itulah aktiviti yang diadakan,semoga aktiviti ini akan berterusan...Insyallah pada hari Sabtu depan(27/2/2010) akan diadakan sekali lagi aktiviti ini yang lebih hebat,dimana kita akan buat BBQ ditepi sungai,diharapkan lebih ramai keluarga yang menyertai aktiviti,semoga ukhwah kita lebih erat.
Assalammualaikum.....





Thursday, February 4, 2010

Acara Penyampaian Hadiah Kelab Badminton Tamu Hill(3/2/2010)

Inilah tetamu V.I.P yang telah sudi hadir untuk menyampaikan hadiah pada malam itu(3/2/2010).Dari kiri En.Azhar(Bodyguard pada Tuan Pengerusi Lorong 1A/5 hehe..)Yang Berbahagia En.Osman(Bendahari 1A/5),Yang Dihormati En.Rosly(Pengerusi Lorong 1A/5)
Ucaapan serta kata2 aluan dari TuanPengerusi,yang mengucapkan tahniah pada semua pemain.(sebab hadiah sama ajer hehe...)

Ucapan dari Presiden Kelab Badminton Tamu Hill,Yang Berbahagia Cikgu Kammal.


Inilah piala yang menjadi rebutan,sehingga ketitisan peluh terakhir.



Wajah2 pelapis yang bakal menggegarkan dunia badminton dengan teriakan mereka termasuk bapa2 sekali.




Wajah-wajah ahli kelab Badminton Kelab Tamu Hill.(Siapa yang paling ensem..!!??)






Tempat keenam En.Nurusli dan Shamsul(sebab partner tak hadir,semua orang dapat mata dari abang ni..kesiannnn)





Tempat kelima Cikgu Kammal dan En.Roslan.
















Tempat keempat En.Abu dan En.Anuar




















Tempat ketiga En.Syukri dan En.Rizal
























Naib Johan En.Rosli dan En.Johari




























JOHAN semestinyalah En.Zaizul dan En.Shaiful..hehehehe
Disini kami jua ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga pada yang menyumbang tenaga,masa dan wang ringgit untuk menyokong aktiviti ini.
Terima kasih dirakamkan kepada:
En.Rosly yang memberi sumbangan pada kelab.
En.Ibrahim yang memberi sumbangan untuk piala.
En.Osman yang membenarkan sumbangan kutipan lorong untuk jamuan.
Puan Rahimah yang memberi barangan Unilever sebagai cenderahati untuk semua pemain.
Semua pemain yang memberikan kerjasama yang tidak terhingga untuk menjayakan perlawanan ini.
Semoga kita akan berjaya untuk melakukan edisi ke-2 pada 2011 nanti...Insyallah.
ASSALAMMUALAIKUM