Saturday, September 27, 2008

hari yang makin hampir

hari yang makin hampir untuk umat islam merayakan kemenangan dalam melawan hawa dan nafsu,melawan lapar dan dahaga selama sebulan..dan bulan berbangga setelah ukuran pinggang mereka mengecil dlm 1-2 inci(trmasuk aku gak).

hari yang makin hampir jua untuk mereka yang berdebar menantikan kelahiran insan suci dan amanah Allah,semoga dgn keberkatan ramadhan dan kemuliaan syawal smoga anda dikurniakan Allah anak yang soleh,berjaya didunia dan diakhirat,dijauhkan saudara2 ku semua dari kemurungan yang memburukan,dilimpahkan rezeki yang halal,dikurniakan ketenangan hati yang dingin jua dilapangkan Allah masanya untuk mengingati-NYA.

disini saya sekeluarga mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf andainya ada tuturkata dari kami,perlakuan kami,gerak geri kami yang telah menyinggung hati dan perasaan kalian saudara2 ku...maka dengan rendah diri dan hati dari kami..memohon ampun dan maaf dari saudara2ku sekalian untuk dunia hingga akhirat..semoga ramadhan dan syawal kali ini lebih bermakna.

SALAM LEBARAN,MINAL AIDIL WAL FA'IDZIN.

Friday, September 26, 2008

26 hari puasa

hari ni 26 ramadhan 1429Hijriah. lagi 4 hari ramadhan akan meninggalkan kita. adakah kita akan kembali dalam keadaan fitrah dengan semua dosa-dosa lalu diampunkan Allah selepas fajar 1 syawal nanti? kita masih berpeluang untuk meningkatkan usaha ibadat kita dalam ramadhan.

andaikata semua dosa-dosa dengan Yang Maha Pengampun sudah beres, tinggal lagi dosa-dosa kita dengan manusia sekeliling, jika ada. maka mari lah kita sama-sama memohon maaf agar semua kesalahan kita yang lalu dimaafkan oleh saudara-saudara kita.

hari ni, insyaAllah lepas solat jumaat nanti kami akan bertolak balik kg. kena balik cepat2 sebab esok dah sampai tarikh jangkaan bersalin. semoga nanti bersalin di hospital berdekatan kampung.

SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI. MAAF DZAHIR DAN BATIN.

Thursday, September 25, 2008

harga minyak

bermula esok, harga minyak turun rm0.10! baru turun dan cuma 10 sen. okay la kot. subsidi insuran/roadtax dah belasah. harap2 lepas ni turun lagi sampai rm2.00 seliter. maka betul la ckp2 orang sana yang harga minyak boleh diturunkan? hehehe

Monday, September 22, 2008

cerita last year gathering


bersungguh-sungguh dia buat asap berkepul-kepul bulat-bulat. pakcik kehairanan. fadzli gemok tukang racun dan jek. kihkihkih.

DOA NABI YUSUFF

UNTUK MENDAPATKAN DOANYA BLEH JMPA SAYA,BILA2 MASA...INSYALLAH.

petua untuk anak yg bakal lahir

Bg kaum bapa yg bakal menimang cahaya mata ada beberapa usaha(petua)untuk mendapatkan anak yg soleh,bijak,tampan atau jelita.

DALAM KANDUNGAN

1.Bacakan surah Maryam untuk mndptkan anak yang soleh

2.Bacakan surah Luqman untuk anak yg bijak

3.Bacakan surah Yusuff untuk anak yg tampan/jelita

Bacakan setiap pagi jumaat dan hembuskan pada perut ibunya.

SETELAH LAHIR(UNTUK NAMPAK TAMPAN?JELITA)

Bacakan doa nabi yusuff pada air zam2 sebanyak 3x,diawali dengan surah fatihah dan selawat nabi,sapukan pada mukanya dan titikan sedikit kedalam mulutnya.

insyallah...sekiranya diberkati olehNYA,termakbullah prmitaan kita sbg hamba yg benar2 hamba padaNYA.

Sunday, September 21, 2008

sahabatku ashri...

syukur...kerana ada sahabat yang cengini,sntiasa mengemaskini hal ehwal lorong 1a/5,smpaikan awning umah aku ngan abg kamal pn dia amik tahu...mudah2an dpt mgerakan lg kerukunan sesama kita.perlu diingat sahabat2 yg dlm kesusahan prlu kita amik tau.....!!!

dingin

hujan turun sejak 2 jam tadi. sekarang hanya tinggal renyai-renyai. mlm ni tentu dingin.

surah al-qadr

premier league

hari yang ke 21 berpuasa.

abang Abu gembira sejak malam tadi sebab liverpool gagal score masa bertemu stoke city malam tadi. kita tengok malam ni lak, samada MU akan gagal juga, baru seri antara sham dgn abg Abu, hahaha.

Friday, September 19, 2008

cuaca hari ni

pepagi lagi dah gerimis. sekarang mendung yang amat. hujan agaknya akan mencurah2 dalam sedikit masa lagi. alhamdulillah, sudah hampir seminggu panas tanpa hujan.

Thursday, September 18, 2008

awning baru

semalam di rumah en. zaizul, hari ni di rumah en. kamal... memasang awning polycarbonate baru di porch masing-masing. untuk raya agaknya.

12 hari lagi nak raya.

Wednesday, September 17, 2008

tazkirah ramadhan

tazkirah oleh ustaz (lupa nama) yang selalu main badminton kat dewan chan. ra-ma-dh-a-n.

1. huruf ra : redha Allah
2. huruf mim: maghfirah Allah (keampunan)
3. huruf dhad: dhaman Allah (jaminan Allah)
4. alif: ulfah Allah (berjinak2 kepada Allah)
5. huruf nun: nikmat2 Allah

syaitan telah diikat. yang tinggal hanya nafsu manusia yang pelbagai. bulan ramadhan adalah bulan mendidik nafsu ke arah kebaikan dan ketaqwaan.

17 ramadhan 1429

hari ni cuti umum di selangor sempena Hari Nuzul Quran. puasa hari yang ke 17. lagi 13* hari nak raya (*tertakluk kepada pengumuman penyimpan mohor besar raja-raja).

malam tadi tiada sidang dewan rakyat di 1a5. cuma sidang kecil2-an oleh 3 orang kaum ibu sambil menyaksikan anak2 bermain di jalan.

Tuesday, September 16, 2008

dinihari 17 ramadhan

pukul 3.30 pagi nanti akan ada majlis qiamullail di surau at taqwa yang akan dipimpin oleh pegawai daripada Kor Agama ATM. diikuti dengan kuliah subuh oleh beliau. warga 1a/5 dijemput mengimarahkan surau kita. disamping mengambil peluang beribadat di malam yang berkat ini.

semoga lailatulQadr dalam ramadhan kali ini menjadi milik kita. insyaAllah.

tarawih malam 17 ramadhan

tadi solat tarawih dipimpin oleh YBhg. Alfadhil Ustaz Mohamad Said, Imam Besar Masjid Kuala Kubu. sungguh sedap dan mengasyikkan bacaan beliau. Beliau juga menyampaikan tazkirah berkisar tentang 'beriman dengan alQuran' bersempena dengan Hari Nuzul AlQuran esok, 17 Ramadhan.

antara intipati tazkirah beliau, AlQuran sebagai pengubat/penyembuh dan petunjuk kepada orang yang bertaqwa.

AlQuran merupakan mu'jizat kepada Rasullullah di mana turunnya ayat-ayat AlQuran dalam masa 13 tahun di mekah, mengalahkan kehebatan sastera dan syair-syair Arab pada waktu itu. Sehingga Allah mencabar penyair-penyair Arab yang hebat-hebat pada waktu itu untuk menciptakan satu surah menyamai AlQuran. Terbukti kehebatan manusia penyair tidak akan mampu menandingi keindahan bahasa AlQuran.

Mu'jizat AlQuran juga merangkumi penceritaan kisah teladan yang berlaku diluar masa kehidupan Rasulullah seperti kisah Firaun di mesir. Bukti-bukti kisah Firaun di mesir seperti piramid, dipelihara oleh Allah sebagai bukti kebenaran AlQuran. begitu juga laut mati di jordan yang terjadi daripada kisah Nabi Luth dan kaumnya.

pada 17 ramadhan, AlQuran diturunkan serentak daripada Luh Mahfudz ke Baitil 'izzah dan kemudiannya diturunkan kepada Rasulullah sedikit demi sedikit melalui malaikat Jibril selama 23 tahun. 13 tahun di Mekah dan seterusnya 10 tahun selepas peristiwa Hijrah ke Madinah.

meeting 14 ogos

pengerusi: abg rosly
pencatit: ibrahim

1. pelantikan AJK baru untuk 2008/2009.

ketua: en. rosly
timbalan ketua: en. abu sulaiman
setiausaha: en. ibrahim
bendahari: en. othman (host)
ajk-ajk: en. rosli, mr. teoh (uncle), en. zaizul, en. kamal
other attendees: cikgu kamal, en. azhar, en. badrul, pn. faezah, pn. rahimah, pn. safura (host), mr. teh, en. md. nor, en. sham.

2. proposed monthly collection of rm10 from each family beginning 1 october 2008. should be paid on every first week of the month. (uncle teoh become the first who has paid his first ever rm10 monthly collection after the meeting.)

3. majlis jamuan/ramahmesra tahunan 2008

tentative date; 25 oktober 2008
proposed time; 8.30pm - 11.30pm
proposed budget; rm100 per head of family
proposed guest; anak-anak yatim sekolah tahfiz ulu rening dan warga surau taman

all members are advised to look for sponsors either in cash or in kind for the orphanage.

a special meeting will be held to throughly discuss on the said majlis on 11 october.

Mesyuarat majlis tertinggi mahagoni-1a/5 ditangguhkan dengan jamuan ringan yang disediakan oleh abg othman dan kak safura. terima kasih daun keladi.

mahagoni 1a/5 goes online!

Brothers and sisters, lets make this blogsite as our alternative to:-

1. a round table discussion, selain daripada lepak2 depan rumah.
2. storage of our activities photos
3. collection of ideas and opinion among ourselves
4. collection of recipes for ladies
5. collection of petua-petua
6. calendar of activities of our mahagoni 1a/5
7. dan lain lain

lets share... bersatu kita teguh!