tadi solat tarawih dipimpin oleh YBhg. Alfadhil Ustaz Mohamad Said, Imam Besar Masjid Kuala Kubu. sungguh sedap dan mengasyikkan bacaan beliau. Beliau juga menyampaikan tazkirah berkisar tentang 'beriman dengan alQuran' bersempena dengan Hari Nuzul AlQuran esok, 17 Ramadhan.
antara intipati tazkirah beliau, AlQuran sebagai pengubat/penyembuh dan petunjuk kepada orang yang bertaqwa.
AlQuran merupakan mu'jizat kepada Rasullullah di mana turunnya ayat-ayat AlQuran dalam masa 13 tahun di mekah, mengalahkan kehebatan sastera dan syair-syair Arab pada waktu itu. Sehingga Allah mencabar penyair-penyair Arab yang hebat-hebat pada waktu itu untuk menciptakan satu surah menyamai AlQuran. Terbukti kehebatan manusia penyair tidak akan mampu menandingi keindahan bahasa AlQuran.
Mu'jizat AlQuran juga merangkumi penceritaan kisah teladan yang berlaku diluar masa kehidupan Rasulullah seperti kisah Firaun di mesir. Bukti-bukti kisah Firaun di mesir seperti piramid, dipelihara oleh Allah sebagai bukti kebenaran AlQuran. begitu juga laut mati di jordan yang terjadi daripada kisah Nabi Luth dan kaumnya.
pada 17 ramadhan, AlQuran diturunkan serentak daripada Luh Mahfudz ke Baitil 'izzah dan kemudiannya diturunkan kepada Rasulullah sedikit demi sedikit melalui malaikat Jibril selama 23 tahun. 13 tahun di Mekah dan seterusnya 10 tahun selepas peristiwa Hijrah ke Madinah.
Tuesday, September 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment