
Ubi kayu (nama botani: Manihot Esculenta Crantz) ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran.
Nama lain bagi ubi kayu adalah ubi benggala, ubi belanda, singkong (bahasa Indonesia) cassava dan juga tapioca.
PenanamanUbi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah. Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. Ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan.
Makanan
Ubi kayu sering menjadi makanan pilihan apabila berlaku masalah mendapatkan sumber makanan biasa, seperti ketika musim tengkujuh atau malapetaka awam, atau semasa peperangan seperti semasa Perang Dunia II.
Pada masa biasa, ubi kayu hanya dimakan sekali-sekala atau dijadikan sebagai kuih. Kulit ubi kayu mempunyai asid hydrocyanic (asid hidroklorik dan potasium sianida atau sodium sianida (hydrocyanic). Oleh itu ubi kayu tidak boleh dimakan mentah, tetapi perlu dibuang kulit dan dimasak terlebih dahulu.
Ubi kayu boleh digoreng, direbus atau dibakar, dan dimakan bersama kelapa parut muda (nyiur kulit hidup), ikan masin, atau ikan bakar. Ubi kayu juga boleh dibuat kuih, antaranya kuih puli ubi kayu, kuih ubi kayu, tapai ubi, kerepek ubi dan yang seumpama dengannya.
Ubi kayu ditanam secara komersial untuk menghasilkan tepung ubi. Tepung ubi kayu juga digunakan dalam industri makanan setelah ia diproses menjadi monosodium glutamat (MSG) terutama di negara Timur Jauh dan Amerika Latin. Untuk menghasilkan satu tan MSG, ia memerlukan lebih kurang 2.4 tan tepung ubi kayu atau tepung kanji.[1]
Kegunaan lain
Pokok ubi kayu juga boleh digunakan bagi mengatasi masalah lalang, di mana kawasan yang ditanam ubi kayu akan menutup permukaan tanah dari cahaya matahari, dengan itu menghalang lalang daripada tumbuh kembali.
UBIKAYU-1A5
Ubikayu-1a5 telah ditanam pada 14.12.2008 sebanyak 8 batang benih. Batang benih didatangkan jauh daripada bachok, kelantan. Ubikayu-1a5 ini telah mengeksploitasikan ruang laman kosong di salah sebuah rumah yang tidak berpenghuni. (minta halal ek tuan rumah). secara dasarnya keizinan menanam telah diberi green light oleh saudara kepada pemilik rumah tersebut.
ubikayu1a5 ini disiram diwaktu pagi setiap hari (kalu pagi tanpa hujan) dan sekali lagi setiap petang (kalau teringat, dan petang tanpa hujan). diperturunkan disini beberapa visual ubikayu-1a5.
hujung tahun nanti masa buat perhimpunan raksasa tahunan mahagoni1a5, ubikayu ini bolehlah digali dan diBBQkan mengikut selera rakyat jelata mahagoni1a5.
2 comments:
dengan adanya sedikit pengetahuan dari artikel yang disiarkan,semoga tapak semaian ubi kayu yang diusahakan oleh tuan ditapak semaian di 1a/5 ini akan subur dan dapat menampung permintaan ubi kayu dunia...heeee.
kau jangan... nanti jadi mahagoni world!!
Post a Comment