Thursday, December 4, 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA QURBAN

Salam semua ahli di Jalan 1A/5 ...Harapan saya agar semua ahli sihat wal afiat ...
Seperti mana yang telah maklum , satu lagi Hari besar dalam kalendar Islam akan jatuh pada hari Isnin depan ...tepat sekali 10 Zulhijjah , hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qurban akan disambut oleh seluruh umat Islam di dunia.

Selamat menunaikan ibadah Haji iaitu rukun Islam yang ke 5 kepada seluruh muslimin dan muslimat yang datang dari seluruh dunia ke Tanah Suci Mekah Perpaduan jitu umat Islam terserlah di Kota Suci Mekah.HAMPIR 3 juta umat Islam dari seluruh dunia termasuk kira-kira lebih 26,000 jemaah Malaysia berwukuf di Arafah pada 7 Disember 2008.

RUKUN HAJI
1. Niat
2. Wuquf
3. Tawaf
4. Sa'ie
5. Bercukur atau Bergunting
6. Tertib pada kebanyakan rukun

WAJIB HAJI
1. Niat Ihram di Miqat
2. Meninggalkan perkara-perkara larangan dalam masa Ihram
3. Bermalam (Mabit) di Muzdalifah
4. Melontar Jamratul Aqabah
5. Bermalam (Mabit) di Mina
6. Melontar ketiga-tiga Jamarat pada hari-hari Tasyriq


WUKUF DI ARAFAH


Maksud Berwuquf: Berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun dalam sebarang
keadaan

Waktu Wuquf: Bermula dari gelincir matahari hari 9 Zulhijjah hingga terbit
fajar hari 10 Zulhijjah

Waktu Afdal Wuquf: Berwuquf sebahagian dari siang hari 9 Zulhijjah dan sebahagian
dari malam 10 Zulhijjah

Syarat Berwuquf: - Telah berihram dengan niat haji
- Seorang yang ahli beribadat (Tidak Gila/Tidak Mabuk/Tidak Hilang
Akal Sepanjang Masa)
- Berada di bumi Arafah walau seketika di dalam waktu Wuquf

Amalan-Amalan Sunat Berwuquf:
- Sembahyang berjemaah
- Bertalbiah
- Berdoa
- Berzikir
- Membaca al-Quran
- Sembahyang-sembahyang sunat

Ibadat korban terbahagi kepada dua iaitu korban nazar dan korban sunat. Yang pertama disebut wajib disedekahkan seluruhnya, manakala kedua dilakukan sama ada semua daging korban itu disedekahkan kepada fakir dan miskin serta orang yang berkorban boleh mengambil sedikit sekadar beberapa suap untuk mengambil berkat daripada korban itu atau daging korban itu dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu satu pertiga disedekahkan kepada fakir miskin, satu pertiga dihadiahkan kepada umat Islam dan satu pertiga lagi untuk orang yang berkorban. Hukum ini berdasarkan kepada ayat bermaksud: "Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin." (Surah al-Hajj: 28) Dan juga ayat yang bermaksud: "Maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang yang tidak meminta dan yang meminta." (Surah al-Hajj: 36)

Ibadat korban disunatkan Rasulullah sebagai latihan dan ujian bagi kaum Muslimin untuk memupuk semangat berkorban dengan cara mengeluarkan sebahagian kecil nikmat dan rezeki yang dilimpahkan Allah untuk dirasai golongan fakir miskin, sekali gus memanifestasikan syiar Islam itu.

Akhir kata , abg ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Adha kepada para bloger Jln 1a5 dan sahabat 2 kita yang lain .

Abg Rosly.

4 comments:

zaizul said...

salam aidiladha buat semua...korban adalah berterusan

bard said...

Selamat hari raya korban juga dari kami sekeluarga. Hayati ibadah korban sepenuhnya, agar nanti kita akan mendapat satu kepuasan yang tak terbilang......

Anonymous said...

Selamat Hari Korban dari Sham sekeluarga...

Anonymous said...

Jangan lupa lepas sembahyang raya rewang potong lembu di surau kita dan kaum wanita diminta sama sama utk buat persediaan memasak di surau