Abdul Aziz Ismail
Tulisan Dr Ridhuan Tee Abdullah baru-baru ini menarik perhatian kerana beliau menyentuh secara langsung dan berterusterang tentang sikap orang Melayu yang suka mengalah dan tidak serius dalam menghadapi negara jiran yang disifatkan "ultra kiasu."
Menurutnya, jika kita tidak mengambil berat soal pertahanan, sikap kita yang suka berpolitik mengatasi isu-isu lain yang lebih relevan, pertukaran sistem pendidikan kepada satu jenis persekolahan, pemimpin tertentu yang menjadi provokator asing serta kuasa besar yang tidak ingin melihat Islam maju dan berkembang, negara bakal tercicir dan tenggelam dalam arus perubahan.
Katanya lagi, orang kita perlu mengubah segera sikap dan pendekatan dalam menghadapi dunia tekonolgi yang cepat berubah dengan negara kecil yang berpenduduk kecil seperti Singapura boleh mengatasi negara besar seperti Malaysia jika soal pertahanan diabaikan dan negara takut membelanjakan peruntukan besar untuk membaharui senjata pertahanan yang canggih dan terbaharu.
Katanya, Singapura sanggup berbelanja hampir AS$11 bilion (RM37.4 bilion) memperkuat sistem pertahanan negaranya dengan populasi hanya 4.6 juta, atau 23 dalam kedudukan dunia. Lebih dua kali ganda besar daripada perbelanjaan Indonesia (AS$4.7 bilion) yang berpenduduk Muslim paling ramai di dunia, 250 juta.
Beliau mempersoal jiran terdekat kita itu adalah sahabat rapat Israel, Amerika Syarikat, Australia, Inggeris dan lain-lain kuasa Barat yang mempunyai agenda tertentu di rantau sini yang dikelilingi kebanyakan penduduknya orang Melayu serumpun yang beragama Islam. Katanya, negara seharusnya bimbang dan boleh membaca tindak tanduk mereka dalam jangka waktu panjang.
Beliau menyindir kebanyakan pemimpin orang kita yang tidak menghirau hal itu dan lebih sibuk berpolitik sesama sendiri tanpa melihat gambaran yang lebih besar tentang niat serong kuasa luar terhadap keselamatan negara.
Beliau berpendapat kita patut curiga dengan niat Singapura dan Lee Kuan Yew yang mempunyai ramai pengikut di negara ini. Lee jarang melawat Malaysia tetapi lawatannya terakhir tempoh hari mengapa beliau memilih Pulau Pinang sebagai destinasinya? Sedarkah kita apa yang dibincang secara tersurat dan tersirat? Fikirkanlah, jangan terlepas pandang nasib Melayu di Pulau Mutiara itu yang terus tertinggal.
Hari ini kita sudah dilaga-lagakan dengan jiran terapat dan terdekat Indonesia dengan isu kecil yang tidak sepatutnya dibesar-besarkan. Siapakah dalang disebalik rusuhan di Jakarta tempoh hari? Siapakah provokator sebenarnya yang ingin melihat Indonesia dan Malaysia terus berselisih dan bermusuh supaya mereka mendapat nikmat dari situasi yang tidak stabil itu?
Saranan Ridhuan supaya orang kita melihat ke dalam diri dengan insaf niat kuasa luar dan negara asing yang ingin memecah-belah bangsa dan negara harus dilihat dengan pertimbangan wajar dan perseptif yang bijak dan terbuka. Jangan kita asyik berpolitik dan bertelagah sesama sendiri tentang isu remeh-temeh yang tidak menguntungkan bangsa dan negara sedangkan musuh sudah menjalankan jarum dan bertepuk tangan melihat gelagat sumbang kita yang terus dipersenda.
Barat telah berjaya memecah-belah dan melaga-lagakan negara-negara Arab. Hasilnya negara haram Yahudi muncul dan berjaya menguasai nergara-negara Arab dengan nisbah satu orang Yahudi sama dengan lebih 100 orang Arab. Tetapi 100 orang Arab tidak boleh mengalahkan satu orang Yahudi! Di mana silapnya?
Walaupun kuasa asing belum menunjukkan taring sebenar agendanya secara ketara dirantau ini, kebimbangan harus wujud dalam kalangan pemimpin kita - tidak kira dalam kerajaan mahupun Pakatan Rakyat - tentang kemunculan agenda itu dan orang-orang yang bersekongkol dengan mereka.
Kita sepatutnya berpolitik dalam ruang lingkup yang wajar dan dibenarkan. Berpolitik itu dibenarkan dan amat diperlukan demi untuk kemajuan bangsa dan kebaikan rakyat. Namun, ia biarlah berlaku dalam sekitaran yang sihat, terkawal serta dalam jangkauan kita dan tidak sampai terdedah kepada jarum musuh yang sentiasa menanti kesilapan kita.
Jangan sampai kawan rapat yang sama fikiran dan pendirian berkata ia di hadapan kita tetapi menjadi musuh zalim yang menikam dari belakang kerana kelalaian kita mengurus agenda mereka.
Pemimpin Melayu sepatutnya lebih kerap bercakap tentang soal pembangunan dan kemajuan hidup seperti bagaimana meninggikan situasi ekonomi. Pemimpin kita - tidak kira parti - seharusnya merancang bagaimana melahirkan lebih ramai usahawan dan jutawan daripada kalangan orang Melayu supaya negara dipandang tinggi oleh orang luar dan disegani oleh musuh.
Jangan asyik berpolitik dan terus berpolitik yang tidak berkesudahan dan tidak menguntungkan agama, bangsa dan negara.
Sunday, December 6, 2009
Sunday, November 22, 2009
Sunyi sangatttt....
Hari ini aku seolah-olah tersentak,bagai ada tangan yang menggegarkan bahu ku.Menyuruh aku bangun,menitahkan padaku untuk aku menikmati erti sunyi dan sepi.Benar,kali ini sunyi dan sepi bukan lagi mainan,serang hendapnya pada jiwaku membuatkan hati seorang lelaki ini umpama didodoi bayu sepi.Sejak kehilangan mu Ibu,sejak kehilangan mu Ayah,maka sahlah hidupku ini akan menapak menuju padaNya tanpa bimbingan kalian lagi.Beruntung bagi mereka yang masih mempunyai wali-wali keramat ini didalam hidup kalian.Jagailah,belailah,kasihlah,sayangilah dan curahkanlah segala rasa cinta sementara mereka masih ada.Sesungguhnya hidup ini amat singkat.Satu pesanan arwah ayahku.."Apa saja yang kita kejar didalam dunia ini,sebenarnya ia semakin jauh, dan semakin galak kita mengejarnya, kerana kita nampak keseronokan yang sementara semata-semata.Tapi bila kita mengejarNya ia semakin dekat dengan kita higgakan kita tidak nampak,padahal dia telah duduk dijantung dan urat-urat saraf kita,kerana Dia terlebih dahulu telah berlari mendapatkan kita."
Assalammualaikum.......
Assalammualaikum.......
Saturday, November 14, 2009
Salam Takziah
Salam takziah diucapkan kepada sahabat kita Zaizul sekeluarga diatas pemergian ayahanda tercinta Zaizul pada Jumaat 13 November 2009 ... Semuga roh allahyarham ditempat kan dikalangan org2 yg beruntung.... Al-Fatihah...
Salam Takziah dari Warga Mahagoni-1a5...

Thursday, November 5, 2009
Immitation Stuff
Kat sini aku nak promote sikit barang-barang dari Taiwan,Quality memang A++.
Kalau korang berminat boleh la order kat aku sebelum bulan 12 ni
Antara barang2nyer ialah
-Reket yonex Armourtec 700 Limited (Lin Dan)----------rm120 aje
-Reket yonex Armourtec 900 Power (Lee Chong Wei)----rm120 aje
-Reket yonex Armourtec 900 Technique (Lin Dan)-------rm120 aje
-Nano Speed 9900 (Koo Kien Kiet/TaN Boon Heong)-----rm 120 aje
-Reket Victor Original(Korea player)------rm200
-Reket Li Ning Original(Latest for All China player)-----rm220
Untuk reket aku bagi korang warranty sepanjang hayat,sehingga hayat aku ada la...
Boleh buat bisnes ni bro...harga aku bg murah dah ni...
Untuk lain-lain barang korang cakap aje apa,aku usaha carikan...
Terima Kasih.....

Wednesday, October 7, 2009
Terima kasih.....

Disini saya serta keluarga,ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih pada semua tetamu yang telah menjayakan jamuan hari raya serta menyambut hari kelahiran anak kami yang telah berlangsung pada 27/9/2009 bersamaan hari ahad yang lalu.Meriah sungguh rasanya serta rasa bertuah diri ini kerana memiliki jiran2 seperti tuan2 dan puan2....Apa yang penting bukanlah majlis atau hadiah tersebut,yang paling penting adalah ikatan ukhwah sesama kita,majlis itu hanyalah alat yang dapat menyatukan.Semoga dalam kita sibuk mencari dunia ini,persaudaraan kita masih utuh dan jitu hendaknya.... Terima Kasih sekali lagi lami ucapkan.
Wednesday, September 30, 2009
Takbir Raya

Alhamdulillah.....dengan berkat izin-Nya, pada tahun ini takbir Hari Raya Aidilfitri dapat dijalankan.Semuanya ada lapan wakil untuk lorong 1a/5.Takbir kali ini diketuai oleh Pakcik Ajil dan En. Ibrahim,bermula dari rumah Pakcik Agil dan berakhir dirumah Tuan Presiden iaitu En.Rosly.Majlis bermula jam 9.30 mlm dan berakhir pada jam 12.15 mlm.Istimewanya kali ini ialah hidangan pada setiap rumah diadakan,bukan seperti biasa dimana kita akan memilih sebuah rumah yang terakhir sebagai tempat jamuan,kali ini kami berpakat mengguna pakai tradisi lama,alhamdulilllah akhirnya selama sebulan masing2 susut berat badan hingga 5 kilo,malam itu hanya beberapa jam saja kami dapat semula berat badan yang lama hehehe...Kali ini juga semua tuan rumah berucap memohon ampun dan maaf dan juga ucapan terima kasih pada ahli jemaah yang hadir,walaupun ucapan agak berterabur dan tak tau ujung pangkal hehe...maklumlah nervous lagi.....Semoga aktiviti ini akan berkekalan untuk selamanya untuk meningkatkan lagi ukhwah sesama kita.Insyallah...
Friday, September 18, 2009
Dari Tinta Blues Ku.....
Beberapa hari lagi Aidilfitri akan bakal menjelma,hari yang disambut dengan meriah dan penuh kesyukuran, tanda kemenangan umat islam melawan lapar dan dahaga jua kebuasan nafsu yang membara.....tahniah.Tapi....adakah kita terfikir,dalam kita menyambut dengan penuh kemeriahan,ada ramai lagi yang dalam kedukaan,yang kehilangan orang yang tercinta,yang menyambut dengan penuh kedaifan,yang menanti orang tersayang yang masih tak kunjung tiba.Lalu apakah tindakan kita....!!?Aku pun tak tau...hehehe,tapi bagi aku masih ada jalan,iaitu doa kita sewaktu selepas solat untuk kesejahteraan seluruh umat Islam,aku rasa inilah yang termampu kita lakukan serta tunaikanlah zakat.
Bagi muda mudi yang masih suka merempit...ingatlah,walau ramai yang membencimu,namun masih ada jiwa dan hati yang menyayangimu...oleh itu jagalah sedikit hati yang masih mengasihi dan menyayangimu,kerana aku pasti kalian tidak akan dapat ganti hati yang mengasihimu sekalipun kalian adalah raja dijalan raya,sekalipun kalian adalah raja wanita,kerana suatu hari kalian akan rasa kekosongan.Bila saat itu tiba kalian akan membeku diterik mentari dan kehangatan didalam titisan hujan.Apa yang kamu perlukan...??Keredhaan dua hati yang melahirkan,membesarkan dan memberi pendidikan pada kamu....Ya,itulah yang kamu perlukan,kerana keredhaan-Nya terletak diatas keredhaan dua hati yang suci tadi......Tapi jika kalian tidak berjaya memilikinya dunia ini adalah semata-mata pentas untuk kamu menari yang terus menerus membungkamkan hati kamu.Waktu itu sujud adalah perkara yang amat sukar untuk kamu lakukan,kerana dibelakangmu telah diikat dengan paksi kesombongan dan keangkuhan yang tinggi.Pemuda dan pemudi sekelian,lihatlah jam ditangan masing-masing,masihkah ada masa untuk kalian mendamaikan dua hati suci tadi?Masihkah ada masa untuk kalian longgarkan bahagian belakang untuk sujud pada-Nya?Jika ya..!!!Cepatlah,bersamalah kita tukar warna warni hidup kita.
Pada semua sahabat-sahabat yang mengenali diri ku ini,dikesempatan ini kami sekeluarga memohon ampun dan maaf yang lahir benar-benar diNur hati ini,andainya ada silap kami yang berupa percakapan,perbuatan,tingkahlaku,makan minum kami, yang kami sedari atau tanpa kami sedari,sekali lagi kami sekeluarga memohon ampun dan maaf dari tuan-tuan.Maafkanlah kami insan biasa yang dipilih oleh Allah bersama tuan-tuan untuk melengkapkan hari kehidupan sementara kita.Yang akan pulang ke kampung untuk berhari raya kami sekeluarga mendoakan agar tuan-tuan selamat tiba dan selamat pulang kembali.
SALAM MINAL AIDIL WAL FAIDZIN DARI ZAIZUL,RAHIMAH DAN HIDIR.MAAF UNTUK SEGALANYA.......

Monday, September 14, 2009
Dari Tinta Blues Ku.....
Kali nie aku nk ajak korang semua masuk dan mengimbau kembali pada zaman kanak2,apa yang seronoknyer...?Nie yg aku nk citer nie,aku nk citer pengalaman aku main perang2 mggunakan mercun.Korang pernah main tak benda2 camni...kalu korang trgolong dari budak2 bandar atau skema sgt mgkin tak rasa permainan spt nie..hehehe,maklumlah permainan nie memang bahaya dan terlalu jantan,hanya keberanian,strategi yang bagus dan senjata yang lengkap saja yang dapat menyertai permainan ini,permainan ''BERANI MATI''.Bukan cam main paint ball tu...lengkap segala2nya,kami hanya memerlukan doa dan ilmu2 kebal yang kami pelajari untuk bertempur...hehehe.
Sebelum aku mulakan cerita dari pengalaman aku ni,eloklah rasanya aku menerangkan serba sedikit senjata asas yang perlu ada bagi ahli perang seperti kami:-
-Mercun terang(Bila dibakar dia akan terbang tinggi,mletup dan mengeluarkan cahaya yang terang diudara)Fungsinya ialah sebagai peninjau,untuk melihat tempat persembunyian musuh.
-Thunder Clap/Cat,fungsinya menyerang tempat persembunyian musuh/kubu.
-Mercun Katak,berfungsi untuk megucar kacirkan musuh jika berjalan didalam satu kumpulan
-Mercun bom,bola,ketupat berfungsi sebagai senjata utama untuk memusnahkan deria pendengaran,penglihatan,tubuh badan dan kubu musuh(Tetapi mercun ini jarang kami gunakan,biasanya kami perang dingin jer...tapi kalu betul2 berdendam mercun ini akan digunakan bila perlu sahaja)
-Bunga api,dibakar dengan banyak berfungsi untuk mengaburkan pandangan musuh atau untuk melepaskan diri melalui asapnya yg tebal.
-Mercun Das(15/30 das)mercun ini digunakan jika terjumpa musuh one by one atau face to face,dihalakan tepat pada musuh...(nasib korang la..hehehe)
Itulah serba sedikit senjata asas yang perlu ada,untuk mendapatkan senjata ini terpulanglah bagaimana caranya samada merengek kt mak bapak,curi duit bapak,curi senjata2 td dikedai atau berhutang.Tapi cara yang popular adalah no dua tadi iaitu curi duit mak atau bapak...hehehe
Peperangan ini akan kami mulakan bila solat tarawikh dimulakan(masa nielah line tgh clear...hehehe sori imam)maka kami akan berkumpul disatu padang yang tak berapa padang(sebab tmpat tu semak,dikelilingi rumah orang,brbukit2 sng citer padang yang tak siaplah)di Taman Seri.Biasanya musuh kami ialah Kg. Kuantan dan Sg.masin sebentar lagi akan bermulalah peperangan yang amat HEBAT........
Malam ini perang akan bermula, ini adalah peperangan dendam, bukan perang dingin tau..!!!pengalaman perang yang paling hebat yang pernah kami harungi,paling tragis dan menyayat hati.....ketua kami si Khairi telah bertemu denga ketua dr Kg.Kuantan.Masa hanya diberi selama 5 minit untuk mengatur strategi dan tempat persembunyian.
Masa yang ditetapkan pun tiba..maka mercun terang terus dipasang oleh kedua2 pihak maka terang benderanglah padang yang tak berapa padang tadi,nampaklah kelam2 kelibat musuh, maka thunder clap dihalakan antara satu sama lain bersimpang siur diantara kami,ada jeritan yang kami dengar dari pihak musuh...ahhh tak perlu dikasihani mereka itu, negara perlu dipertahankan, lawan tetap lawan..!!!Tiba2 tmpat persembunyian kami dihujani oleh tiga butir mercun katak,ketua kami telah perasan lalu dia pun menjerit...LARI...!!LARI...!!,maka kami dengan segera meninggalkan lubang persembunyian kami,mana yang lambat keluar dari lubang telah menjadi mangsa durjana mercun katak tersebut,kesian lasykar2 kami tadi yang turut terlompat2 macam mercun katak tu jugak...habis pakaian seragam mereka koyak2(kain pelikat...hehehe)
Untuk seketika suasana sunyi seketika...kami sedang mengatur strategi seterusnya,lalu kami merancang untuk membakar seberapa banyak bunga api,kami nekad untuk bergerak kekubu musuh untuk perlawanan one by one.Maka hampir 4 cekak bunga api dipasang serentak, sekejap itu jua asap tebal telah memenuhi kawasan perang,kami menutup hidung dan mulut,menyusur perlahan2 kearah kubu musuh, kami makin hampir,semakin hampir.... yang kedengaran dari pihak musuh ialah thunder clap yang tanpa arah tuju,kami tersenyum sebentar lagi mereka akan terkorban...mercun das yang kami sisipkan dipinggang kami ambil ada yang 30 das dan ada yang 15 das,setelah begitu yakin kami mula mencucuh satu persatu mercun das kami,letupan pertama terus kami serentak tujukan dikubu musuh,beratus-ratus das kami tujukan pada lubang kubu musuh....tapi..........ianya kosong,kami berpandang satu sama lain,pembaziran telah berlaku sementara mercun das kami terus menerus memuntahkan isinya,lama kelamaan semuanya telah habis,dimanakah mereka....?
Tiba-tiba....SERANGGGGGGGGGGG.....!!!!Suara dari arah bekang kami bergema,kami berpaling..ohh tidak....!!!kami diserang hendap dengan mercun DAS,kami lintang pukang berlari tanpa arah yg nak dituju,kami telah terpisah....adoiiii...!!adoiiii....!!!jeritan dari askar2 kami,tewaskah kami kali ini...???Bunyikan wisel...!!bunyikan wisel....!!Teriak ketua kami kepada pasukan semboyan kami iaitu si Nizam...Selamatkan dirrrr....!!!!Suara Khairi tersangkut dan hilang begitu saja,apa terjadi padanya....!!?tertawankah ketua kami yang licik ini,atau terkorbankah dia....???Kami nampak seorang askar kami berlari begitu laju hingga mengeluarkan api,"Bodoh...tu bukan laju sampai keluar api,tu kain fendi terbakarlah..."jawapan Man bila kuutarakan kekaguman ku pada Fendi tadi...hehehehehehehe.
Maka bunyi wisel dari pihak kami pun ditiup,sebaik saja wisel ditiup terlihatlah kelibat-kelibat askar didik kami yang berusia dari 9-12 tahun yang berjumlah lebih kurang 15 orang berlari bersama mercun das (inilah strategi rahsia kami),aku bersyukur sangat kerana ketika ini aku sedang diburu dengan mercun das,namun nasib tidak selalu baik,aku terkena das dari pihak musuh dibahagian dada aku,aku jatuh lesu,hanya tangan ku saja yang mengibas2 didada untuk memadamkan api yang membakar seragam ku...aku terduduk dibalik semak, hiba sangat hati ku,air mata mengalir perlahan,ku pandang pakaian seragam ku ini,aku pasti jeneral perang akan menyumpah seranah ku kerana robeknya seragam ku, iaitu baju melayu baru untuk raya ku,aku terbayang jeneral(arwah ibu aku la...) dgn talipinggang ditangannya.waaaaaa.....waaaaaaa.....waaaaa.....matilah aku.
Bangunnnn...!!!!Lawan Balik....!!!!Suara ketua kami kedengaran,dia masih ada...tapi....kenapa suaranya besar semaca jer...ahhh,lantaklah,aku bersemangat semula pabila kulihat askar didik kami sedang menghambat pihak musuh, bersama suara ketua kami yang kami hormati,ku genggam erat2 dua biji mercun bola ditanganku,semangatku terus membara untuk menghapuskan musuh durjana....kebetulan hampir ditempat persembunyian ku,aku terdengar suara2...aku pasti ini suara musuh ku sebab mereka mggunakan loghat kampar...hehehe,lantas aku merangkak perlahan2 kearah tmpat persembunyian mereka,apabila telah hampir, mercun bola kunyalakan lalu kulempar kearah mereka..."Adoiiii...!!!Pocah ar telingo den..!!"Hehehe...aku ketawa puas,aku pasti koranglah yang telah membakarkan baju aku ini...hehehehe,dendamku terbalas.
Maka letupan mercun bola pun bermula suasana mula bingit,musuh mula menyepikan diri dan lari lintang pukang,hoorayyy...kami menang lagi,kami mula berkumpul semula didalam gelap,mengucapkan tahniah antara satu sama lain...sungguh gembiranya kami,tiba-tiba....Serang....!!!Laungan dari musuh kedengaran lagi,mereka melontarkan sesuatu yang kami rasakan tidak bahaya,tetapi boleh melemahkan kami semua,mereka telah menggunakan senjata yang dilarang samasekali penggunaanya samada NATO,PBB atau pertubuhan apapun,mereka menggunakan bom kimia,mereka telah lontarkan kepada kami air longkang yang sangat busuk baunya yang telah dibungkus didalam plastik....hampeh betul.Kecebus...atas kepala Isa,kawan kami ini...warghhh..kah..kah...bau longkang siol...kami melarikan diri,beberapa anggota kami lemah tak bermaya bila terkena bom tersebut...hehehe
Tiba-tiba suasana jadi amat sunyi,tiada lagi lontaran bom kimia,kami keheranan...lalu kami pun keluar dari tmpat persembunyian,apa yang kami lihat amat memeranjatkan beberapa gerombolan musuh baru telah tiba dengan saiz yang lebih besar menuju kearah kami,adakah ini strategi baru pihak musuh...??"Pasang mercun das..!!!"Teriak Khairi,kami pun mengeluarkan baki mercun das yang kami ada dan kami nyalakan."Tembak..!!"Laung Khairi,kami yang patuh pada ketua terus menembak kearah musuh2 kami yang besar itu.....tapi,mereka tiada kesan apa2.mereka hanya menepis dengan tangan saja peluru2 kami...siapakah mereka ini...??Adakah kami akan tewas teruk kali ini?Ya memang kami tewas teruk bila terdengar suara"Cilako korang ni,balik..balik...!!!"Sekali rupa-rupanya bapak2 kitaorang daaaa..(bapak aku tak de,sbb akukan duk jauh,mana bapak aku tau,yang dia tau aku nk gi tarawikh jer...hehehe)mencicit kitaorang lari,mana yang kena tangkap tu ada yang kena penyepak berguling-guling...hehehe,kesian pun ada.
Keesokan malamnya kami berkumpul lagi,tapi tobat kitaorang tak main perang lagi...pertemuan kali ini penuh dengan hilai tawa, apabila kami berjumpa sesama kami dengan peristiwa dan rupa yang baru.Khairi..patutlah suara dia besar,rupa-rupanya sewaktu dia berlari lehernya telah tersangkut kat ampaian rumah orang,suara dia dah macam suara Yusni Jaafar tertelan tongkol jagung...hehehe,Manan dengan fesyen rambut sulah ditengah akibat mercun das,aku dengan baju melayu baru yang koyak,fendi dengan hidung yang dah macam badut sebab terlanggar pintu balairaya KEMAS,sewaktu dia berlari sebab kainnya terbakar,Ajis yang jln terkengkang-kengkang sbb anunya melecet sikit kena serpihan mercun katak yang masuk dalam kain(dia ni tak suka pakai spendar..hehe),Isa orang yang mula2 kena bom kimia,smpai mlm tu bau longkang terus,Puri terpaksa teraba-raba skit ketika berjalan sbb cermin mata dia hilang waktu kena penyepak dan penampar ngan ayah dia..hehehe,kesian dan ramai lagi dengan peristiwa masing-masing.Tentang aku pula, bila balik rumah arwah mak aku punya membebel tak tau nk citer la....tp ayah aku cool jer,katanya itulah darah panglima....thanx abah,hehehehe.......
Hari ini semua itu smua menjadi kenangan terindah buat ku dan teman-teman,masing-masing dah beranak pinak,mencari harta dan mencari keredhaanNya jua,bila sesekali bertemu cerita ini akan kami paparkan hingga meleleh air mata.....Namun ada jua diantara kami yang telah dijemput oleh-Nya,iaitu arwah Ajis dan Puri(adik-beradik),semoga roh kalian bersemadi bersama-sama dengan orang yang dikasihi-Nya...Al-Fatihah.
Terasa makin sunyi sekarang ini,bila melihat anak2 kini yang hanya tau bermain video game,rempit, menonton video yang bukan-bukan..permainan yang mahal-mahal,ikatan erti sahabat makin pudar......dari tinta blues ku,aku akan trus mengimbau kisah lalu yang ada di kalbu........
Assalammualaikum

Saturday, September 12, 2009
Blues.....
Di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini,tetiba jer aku terasa sesuatu....sesuatu yang amat sukar dimengertikan dan difahami,ianya hampir kepada sunyi,rindu,resah mungkin juga bluessss.Apa yang aku nak perkatakan disini ialah korang pernah tak rasa perasaan ini pada seseorang seperti kawan yang korang kenal masa disekolah rendah atau yang bertahun2 korang tak jumpa,tetiba jer korang ingat kat dia balik,masa tu perasaan jangan cakaplah,memang ridu sangattttt.....tapi kat mana diaorang skg nie?hidup lagi ke?Persolan macam nie yang sering menggangu jiwa blues aku.
Tapi itulah hakikat hidup,bertemu hanya untuk berpisah,gembira untuk duka,bahagia untuk dikecewakan,hidup untuk mati,itulah kata2 arwah ibuku.....rindu adalah nikmat pemberian-Nya,untuk kita sebagai insan.Tak payah kita tgk jauh2 disekeliling kita pun dah ada contoh,dulu keakraban kita bwk sampai kepagi,ujung minggu dikedai kopi bersama-sama,berjaga malam,bertanya khabar diantara kita,peristiwa lucu,duka bertelagah pendapat pun kita nikmati bersama2,sekarang...??Tapi aku faham,smua kita ada tanggungjawab yang perlu kita laksanakan,sebab kita perlu menjawab dengan-Nya atas apa yang diberika,cuma aku RINDU suasana itu.
Cuma aku harap keakraban ini akan berterusan didalam hati,andai 30tahun lagi(kalu umur pjg la)kita terpisah,cari2lah kita sesama kita,jangan jadi seperti kawan2 kita yang disekolah rendah dan yang sudah tak dengar khabar berita,kerana kita akan rugi, bila rindu mula menjengah dihati mana kita nak cari.
Arwah Ibuku,empat orang anaknya meninggal waktu kecil(adik beradik akula,semuanya lelaki),katanya saban hari dia menanggung rindu untuk bertemu dengan mereka,lebih2 lagi dengan hampir tibanya Aidilfitri,hanya Allah yang tahu perasaanya.Terbayang tentang gelagat mereka untuk menyambut ketibaan aidilfitri,kenakalan,rengekan untuk berpakaian baru,semuanya akan dilayan dan dipenuhi oleh arwah ibuku walaupun kehidupan kami ketika itu umpama kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang(tapi kami bukan ayam tau...!!!)Tahu tak bagaimana dia cuba memujuk perasaan rindu dendamnya itu?Ibuku berkata "Tak pe Allah lebih sayangkan mereka,kalau diizinkan Allah keempat2 anak emak akan tunggu mak ditelaga Al-Kautsar"Itulah perkataan yang sering dikatakan untuk merawat rindunya.Hari ini ibu dah tak de....mungkin rindunya telah terubat,wallahualam.
Kita pula sebagai anak yang tiada ibu(sebahagian),apakah mempunyai rindu hari2 seperti tadi,atau bila Aidilfitri tiba baru kita nak menangis dan menyatakan rindu diatas pusaranya.Atau Ramadhan tiba baru ada doa untuk orang yang tersayang,adakah arwah2 yang kita sayang tadi hanya perlukan kita di Ramadhan atau awal Syawal......entahlah,subjektif betul benda-benda nie.
Aku saja nak bawak korang dalam dua situsi yang berbeza kawan dan ibu,untuk mendalamkan perasaan rindu ini,aku cuba untuk memahami dengan lebih lanjut tentang erti rindu kerana bila rindu terbit maka timbullah sayang,namun ada satu dzat dimana kasih dan sayangnya melebihi kasih dan rindu seorang ibu pada anaknya 1000 kali ganda,itulah rindu dan sayangnya Dia pada hambanya,aku pun kadang2 terlupa untuk rindu dan sayang pada-Nya....arghhh ruginya aku,yang sering terleka dengan mainan dunia ini,sedangkan Dia.......Ampunilah aku.
Akhir penulisan ku ini,ingin sekali aku memohon ampun dan maaf pada sesiapa jua yang membaca ruangan ini,andai tersinggung perasaan kalian,atau aku membawa kalian kealam blues aku ini,aku hanya menyampaikan apa yang aku rasa....sebenarnya aku sayang sangat korang semua,sayang sangat pada teman2 yang telah hilang berpuluh2 tahun,sayang sangat pada mak dan abah,sayang sangat pada arwah mak,sayang sangat pada jiran2 ku yang baik-baik belaka,sayang sangat pada keluarga ku yang membuatkan aku debab begini,isteri-isteri..oopss silap,isteri saja,anak......tapi adakah Allah akan sayang kt aku insan yang lemah sebegini,arghhhh.....,Salam Aidilfitri untuk semua,yang baik datang dari Allah,yang buruk datang dari diriku,hamba Mu yang hina ini.......Ohhhh bluesnya aku di Ramadhan Al-Mubarak ini.
Assalammualaikum.....

Wednesday, September 9, 2009
ORANG PERTAMA
Apa2 pun aku nk jadi orang pertama yang mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri,mohon maaf zahir dan batin"Yahoooooo......nk raya dah,hehehehe....
Wednesday, August 19, 2009
Ramadhan tiba lagi...
Alhamdulillah...dengan berkat izin-Nya,maka kita sekali lagi dapat menyambut kedatangan bulan yang mulia dan dipenuhi dengan seribu keberkatan.Iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak.Oleh itu kami sekeluarga mengiucapkan pada semua warga tamu hill 1a/5 selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak,semoga segala amal ibadat tuan2 dan puan2 diberkati dan diterima...aminnn.
Wednesday, June 10, 2009
He..he...
Pada> satu hari, seorang paderi berjumpa dengan seorang lelaki> islam yang alim di dalam kapalterbang.> > Mereka duduk bersama-sama. Setelah kapal terbang mula> bertolak, mereka mula berdebat tentang hal agama.> > Setelah lama berdebat, seorang pramugari datang untuk> memberi makanan. Paderi itu meminta "Can I have> pork?". Pramugari itu segera mengambil sepinggan daging> babi. Kemudian lelaki alim tu pula meminta nasi ayam.> Pramugari itu memberikannya sepinggan nasi berlaukkan ayam.> > Setelah mereka habis menjamu selera, paderi itu berkata> "Ha2, rugi awak tak dapat makan daging babi. memang> sedap sehingga menjilat jari". Lelaki alim itu berdiam> diri. Setelah itu, Mereka sambung berdebat.> > Setelah mereka sampai di lapangan terbang,> lelaki itu bersalaman dengan paderi itu dan> berkata,"Kirimkan salam saya kepada isteri awak".> Paderi itu pun berkata,"Saya tidak ada isteri kerana> tidak boleh berkahwin"> > Lalu lelaki itu berkata "Takder isteri? Ha2, ruginyer.> Perempuan lagi sedap dari daging yamg awak makan tadi."
Wednesday, April 29, 2009
pokok buah depan umah
menjadi sungguh buah jambu air depan umah rosli. besar2, dan kali ini tak diganggu ulat. rosli amik langkah bijak dgn membalut buah tu. untuk kawan2 makan hehehe. memang idea yg sungguh wajar rosli tanam pokok buah-buahan depan umah. dulu pemaju tanam pokok yang ntah apa2 (spt pokok mahagoni tu) dapat la daun kering yang gugur tiap2 hari, mensampah tul!
jambu air dah ada, sapa lak nak tanam rambutan ke, duku, mangga, mempelam, epal, anggur ke, limau mandarin ke... depan umah masing2 baru best kan.

Friday, March 27, 2009
kenal VVIP?
nak minta tolong kawan2 kalau ada kenal sapa2 VVIP atau ada sedara yang ada taring skit. untuk bagi "shafaat" untuk permohonan tukar tempat mengajar ke kelantan. kalau boleh secepat 1 july nih.
dengar cerita daripada angin yang bertiup, ada lebih 4,000 guru dlm KIV untuk tukar ke kelantan. tu semua yang takda taring le tu. mohon dan tunggu. huhuhu. kena tunggu je la kot2 ada rezeki dtg melayang ke menggolek ke.

aktiviti baru sentiasa
mlm MU mengalahkan diri sendiri kepada liverpool 1-4 baru2 ni, aku dpt tau yg penyokong dua2 teams tgk bola kat stadium mini abg abu. walaupun tuan rumah kalah (MU dan abg abu he.he.he.) tp banyak minuman yang disponsor oleh penyokong pelawat kan? okay la tu. aku tunggu kot2 ada cerita berkisar pd mlm tu atau mlm fulham menang. tak ada. MU okay lg w/pun kalah lg dengan fulham. ada lg 1 game lebih. saja je tu nak bg liverpool teruja nak mengejar. tu kata2 abg abu pg semalam...
laman blog ni pun dah lebih sebulan menanam lalang (lama tuuu!). dah nampak naik semak2. majlis bacaan yasin mlm jumaat minggu pertama bulan depan kat rumah sapa? mungkin boleh ubah ke mlm bukan jumaat sebab tuan pengerusi nak hadir ceramah mlm jumaat nun di sana. mlm sabtu mungkin dia boleh hadir sama. aku? takda pun takpa, melukut di tepi gantang je.
dengan adanya aktiviti sentiasa, barulah ada cerita baru sentiasa, kan? sekarang ni angin kuat untuk main layang2 tapi hujan la plak. lupakan pasal layang2. aku tgk ada satu layang2 sangkut atas rumah cikgu kamal. sapa punya tu? dari kampung sebelah ke?

Sunday, February 22, 2009
TEKA TEKI....
Memandangkan Blog ni dah sunyi sangat...jd saya akan memberi beberapa teka teki untuk tuan2 dan puan2 menghilangkan rasa bosan dan sunyi setiap kali menatap blog ni...hehehe
1)Antara basikal dan motosikal siapakah yang lebih tua?
2)Kenapa kalau kita naik teksi,kita tak bayar duit dulu?
3)Benda apakah ayam diluar ikan didalam?
4)Ibu dan anak yang paling banyak jasa ialah...?
5)Banyak-banyak cinta,cinta apakah yang boleh dimakan?
6)Pohon kayu yang paling glamour dan cerdik?Kenapa?

Friday, February 13, 2009
Uji Minda...
Selesaikan masalah dibawah:-
Si A ingin membeli sepasang kasut yg bernilai rm97,malangnya dia tidak mempunyai wang,lalu dia pn meminjam wang dari si B sebyk rm50,dan pada si C sebanyak rm5o juga.Selepas si A membeli kasut tersebut maka masih ada baki sebanyak rm3 padanya,lalu si A ingin mengurangkan baki hutangnya pada si B dan si C,lalu dibayarnya pada si B sebanyak rm1,dan si C sebanyak rm1 juga,jadi baki hutang yang tinggal pada si B ialah rm49 pada si C juga rm49,baki pada si A tinggal rm1,masalah pada si A ialah apabila dikiranya semula baki hutangnya pada si B dan si C ialah rm98,termasuk baki yang masih ada ditangan si A ialah rm1,jika dicampurkan kesemuanya iaitu rm98(baki hutang si A)campur rm1(baki yang tinggal pada si A)baru berjumlah rm99,sedangkan jumlah hutang keseluruhan si A ialah rm100,manakah perginya lagi 1rm?
Hah...!!!apalagi jawab ler,sesuai untuk adik2 bagi mengasah minda(untuk ibu bapa pn baguih jgak)saya nantikan jawapan anda...!!!

Wednesday, February 4, 2009
notis penting!!!
kejohanan badminton terbuka
terbuka utk warga opis ni je. hehehe last monday mula main 8pm - 10pm. best gak dapat kuar peluh sambil2 praktis gaya libas kuda batang kali. hehe.

kat dewan dato' lundang. aku rasa saiz court pendek skit kot sbb aku mampu pukul sampai belakang, bukan selalu half court mcm ygjadi kat dewan chan. gambar aku takde la sebab aku yang amik gbr. sori lah, guna sony ericsson zzz-i je.

Kisah seorang isteri....
Disebuah desa yang terpencil,hidup sepasang suami isteri yang hidup sederhana,suami yang bersifat agak pendiam siisteri pula sangat suka berleter.Saban hari pasti ada saja yang dileteri oleh siisteri pada suaminya walaupun kesilapan yang agak kecil pasti berjam-jamlah sisuami akan mendengar leteran siisterinya,kalau kesilapan yang besar yang berlaku berhari-harilah pula yang akan ditanggung oleh sisuami akan leteran isterinya.Akibat sikap siisteri ini,sisuami hanya makan hati..dari bulan ke bulan hingga dari tahun ke tahun,sehinggakan kurus keringlah sisuami tadi.
Suatu hari akibat sudah tidak tahan sangat menanggung derita,maka sisuami bertemulah dengan rakan-rakannya untuk meminta pandangan mereka untuk menyelesaikan masalah yang ditanggungnya.Berbagai pendapat dan pandangan yang diterima namun tidak ada satu pun yang boleh diguna pakai,sehinggalah seorang rakannya memberi pandangan "Aku rasa tak ada jalan lain lagi untuk menyelesaikan masalah yang kau alami bertahun-tahun ini,hanya ada satu jalan sahaja...."
"Apa dia..?bagitaulah segera,aku sudah tidak dapat menanggung derita."
"Mudah saja,kan hutan dibelakang rumah kau ada perigi buta,gunakanlah helah kau untuk membawa isteri kau berjalan-jalan dihutan itu,sesampai diperigi buta itu,kau tolakkan dia kedalam perigi tersebut,pasti selepas itu masalah mu akan selesai,kerana jika dia masih hidup bersama mu masalah mu pasti tidak akan selesai."
Maka sisuami tadi termakan pula akalnya akan pandangan kawannya itu.
Pada suatu petang sisuami pun menggunakan segala tipu helahnya,untuk membawa siisteri kedalam hutan tersebut,akhirnya berjaya jua rancangan sisuami tadi sesampai diperigi buta itu ditolaklah isterinya kedalam perigi buta tersebut,setelah selesai sisuami punpulanglah dengan senang hati.
Hari demi hari yang dilalui oleh sisuami tanpa isterinya bagaikan ada saja yang tidak kena,resah gelisah,sunyi dan dia rasa terlalu rindu sangat dengan isterinya lebih-lebih lagi dengan leteran isterinya,tanpa leteran isterinya hidupnya bagaikan tidak bermakna.
Setelah 2 minggu berlalu akibat terlalu rindu dengan isterinya,sisuami pergi kembali ke perigi buta itu,sesampai disana terus dia menjerit2 memanggil nama isterinya bertalu2,tetiba ada sahutan dari dalam perigi tersebut,dicampakkanya tali yang memang telah dibawa disuruh siisteri berpegang pada tali tersebut sambil sisuami terus menarik sekuat hati,alangkah terkejutnya sisuami yang timbul bukanlah isterinya tapi berupa lembaga hitam yang berbulu lebat.
Ditanya oleh sisuami"Siapa kamu..?"
Jawab lembaga hitam"Akulah penunggu perigi ini,apa yang kau mahu..?"
"Aku mencari isteriku yang ku campakkan 2 minggu lalu disini,akibat aku tidak tahan dengan leterannya"
"Ohhh...wanita itu isteri kamu,terima kasih kerana kamu ingin mengambilnya kembali,tetapi kenapa kamu lambat sangat,2 minggu bersama isteri kamu umpama 2 tahun yang kami rasa,habis kami semua sebagai warga penunggu dileterinya,hinggakan bulu yang tumbuh diseluruh tubuh kami serta kulit kami yang hitam pun menjadi bahan leterannya,dikatanya kami ini semua malas mandi dan malas bercukur,ambillah segera isteri kamu itu..!!"
Sisuami hanya tersenyum kambing mendengar perkhabaran yang disampaikan oleh penunggu perigi buta itu......
MORALNYA:LU PIKIRLA SENDIRI.......!!!!

Wednesday, January 28, 2009
Monday, January 26, 2009
Wednesday, January 21, 2009
Sedih kan?
Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini….
kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja..
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih…
Bayangkan benda ini berlaku pada anda…..
Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah… tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun… lalu salah seorang lelaki tu bertempik :
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri…. daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu…
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"…. sambil kedua lelaki tersebut bersedia untuk sama-sama bersembahyang berjemaah….
Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah…
" Sedih kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman… "
" Sedih kan, berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya…
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi…"
"Sedih kan, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembah yang raya…"
"Sedih kan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"
"Sedih kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapiberlumba-lumba mengejar dunia"
"Sedih kan, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..
Dan lebih Sedih lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak
berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama..
Sedih kan???
Kenapa gelak? tu kan realiti.. tapi yg paling Sedih sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain… berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masamembaca? berapa banyak????
Wallahualam..

Monday, January 19, 2009
Palestine Oh Palestine

Aku telah tercium
Bau ambar dan kasturi
Dari segar darah syahid
Yang mengalir dari tubuhmu
Salam buat saudaraku
Darah kami ini mendidih tanpa api
Luka tanpa robek
Pilu tanpa sembilu
Kerana nasibmu saudaraku
Salam buat saudaraku
Kalian tidak akan kalah
Kalian tidak akan gundah
Kalian adalah tetamu
Yang paling indah
Salam buat saudaraku
Berjuanglah...
Dengan semangat Saidina Ali
Bersabarlah...
Seperti ahli-ahli Ulul-Azmi
Berdoalah...
Seperti Rabiatul Adawiyah
Ku harapkan kalianlah tetamu
Tetamu yang diundang
Tetamu di Firdaus
Dengan cahaya yang kalian mahu
Salam buat saudaraku
Andainya....
Ada sahutan
Untuk berjuang bersamamu disana
Aku telah lama rela
Andainya....
Bisa ku titiskan darah ku
Ku pilih bumi mu
Andainya....
Ada sembahyang jenazah yang terindah
Ku pilih sebagai makmum
Di belakang imam kalian
Salam buat saudaraku....
Ya zal Jalallilwall ikram....!!!!
Allah Hu Akbar.....!!!
Allah Hu Akbar.....!!!
Allah Hu Akbar.....!!!
Salam buat saudaraku....
Yakinlah
Insyallah...Allah bersamamu.
Sunday, January 11, 2009
Aktiviti baru...
Inilah aktiviti terbaru untuk lorong 1A/5,iaitu bermain layang-layang dipetang hari...aktiviti ini diketuai oleh En.Rosli dan En.Sham...aku pun dah gatal tangan nak beli layang-layang ni.Tuesday, January 6, 2009
Peristiwa Titiwangsa
Dikala engkau berlari
Menyeru namaku
Dengan raungan
Dengan tangisan
Hati ku...
Terlebih dahulu telah mati
Anggotaku terlebih dahulu telah kaku
Hitam....
Kelam....
Tiada indahnya lagi
Padang permainan itu
Tiada serinya lagi
Titiwangsa bagiku
Bila darah dari mulut mu
Dengan deras jatuh kedadamu
Darah itu darah hatiku
Kepedihan mu itu
Merobek-robek uratku
Hentaman itu
Telah melumpuhkan aku
Maafkan kami
Atas parut yang kami tinggalkan
Namun ketahuilah......
Kasih Sayang ini
Masih belum berganjak
Walau seinci
Dari lubuk hati kami
Menyeru namaku
Dengan raungan
Dengan tangisan
Hati ku...
Terlebih dahulu telah mati
Anggotaku terlebih dahulu telah kaku
Hitam....
Kelam....
Tiada indahnya lagi
Padang permainan itu
Tiada serinya lagi
Titiwangsa bagiku
Bila darah dari mulut mu
Dengan deras jatuh kedadamu
Darah itu darah hatiku
Kepedihan mu itu
Merobek-robek uratku
Hentaman itu
Telah melumpuhkan aku
Maafkan kami
Atas parut yang kami tinggalkan
Namun ketahuilah......
Kasih Sayang ini
Masih belum berganjak
Walau seinci
Dari lubuk hati kami
Nasihat Rasulullah kepada Sayidina Ali
Wahai Ali, segala sesuatu ada penyakitnya :
1. penyakit bicara adalah bohong
2. penyakit ilmu adalah lupa
3. penyakit ibadah adalah riak
4. penyakit budi pekerti adalah memuji diri sendiri
5. penyakit berani adalah agresif
6. penyakit pemurah adalah menyebut yebut pemberian
7. penyakit cantik adalah sombong
8. penyakit bangsawan adalah bangga
9. penyakit mulia adalah menonjolkan diri
10. penyakit kaya adalah kikir
11. penyakit mewah adalah berlebih lebihan
12. penyakit agama adalah hawa nafsu
Renungan untuk kita bersama,yang masih terlalu lemah...apajua kita,kita tetap INSAN,apa jua kita,kita tetap HAMBA.

Monday, January 5, 2009
makan pagi di sini, best gilerrrr
tadi masa tea break kul 10am. kuar minum kat kedai makan dekat opis, jalan kaki je lah. berlima. setiap seorang mentedarah/melantak seperti berikut.
1. nescafe o + bihun sepinggan + telor mata
2. kopi jantan + mee + ayam masak merah seketul
3. teh tarik + mee + telor mata
4. nescafe o + bihun + telor mata + 3 slices daging bakar
5. teh o + bihun + keropok
"berapa inggit semua ni kak nik?" not rm50 dipulang baki sebanyak rm38.00! cuma rm12.00! murah kan?!
wei, jom mai pakat2 dok sini kuangkuangkuang

Subscribe to:
Comments (Atom)