Wednesday, January 28, 2009

Ajarilah anak perkara yang baik.....

inilah akibatnya....apo nak dikato

Monday, January 26, 2009

fitri's development

fitri dah boleh meniarap buat pertama kali.. bravo fitri!



yeaaaaahaaaa.

Wednesday, January 21, 2009

Sedih kan?

Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini….
kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja..
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih…
Bayangkan benda ini berlaku pada anda…..
Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah… tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun… lalu salah seorang lelaki tu bertempik :
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri…. daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu…
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"…. sambil kedua lelaki tersebut bersedia untuk sama-sama bersembahyang berjemaah….
Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah…
" Sedih kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman… "
" Sedih kan, berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya…
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi…"
"Sedih kan, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembah yang raya…"
"Sedih kan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"
"Sedih kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapiberlumba-lumba mengejar dunia"
"Sedih kan, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..
Dan lebih Sedih lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak
berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama..
Sedih kan???
Kenapa gelak? tu kan realiti.. tapi yg paling Sedih sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain… berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masamembaca? berapa banyak????
Wallahualam..

Monday, January 19, 2009

Palestine Oh Palestine





























Salam buat saudaraku

Aku telah tercium

Bau ambar dan kasturi

Dari segar darah syahid

Yang mengalir dari tubuhmu


Salam buat saudaraku

Darah kami ini mendidih tanpa api

Luka tanpa robek

Pilu tanpa sembilu

Kerana nasibmu saudaraku


Salam buat saudaraku

Kalian tidak akan kalah

Kalian tidak akan gundah

Kalian adalah tetamu

Yang paling indah


Salam buat saudaraku

Berjuanglah...

Dengan semangat Saidina Ali

Bersabarlah...

Seperti ahli-ahli Ulul-Azmi

Berdoalah...

Seperti Rabiatul Adawiyah

Ku harapkan kalianlah tetamu

Tetamu yang diundang

Tetamu di Firdaus

Dengan cahaya yang kalian mahu


Salam buat saudaraku

Andainya....

Ada sahutan

Untuk berjuang bersamamu disana

Aku telah lama rela

Andainya....

Bisa ku titiskan darah ku

Ku pilih bumi mu

Andainya....

Ada sembahyang jenazah yang terindah

Ku pilih sebagai makmum

Di belakang imam kalian


Salam buat saudaraku....

Ya zal Jalallilwall ikram....!!!!

Allah Hu Akbar.....!!!

Allah Hu Akbar.....!!!

Allah Hu Akbar.....!!!


Salam buat saudaraku....

Yakinlah

Insyallah...Allah bersamamu.

























Sunday, January 11, 2009

Aktiviti baru...

Inilah aktiviti terbaru untuk lorong 1A/5,iaitu bermain layang-layang dipetang hari...aktiviti ini diketuai oleh En.Rosli dan En.Sham...aku pun dah gatal tangan nak beli layang-layang ni.
Inilah antara anggota/kelab layang-layang yang telah berdaftar...mereka ini semua akan kami didik hingga menjuarai kejohanan dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Inilah juruletih yang tidak kenal letih mendidik dengan betul cara-cara permainan layang2(Hairanla...juruletih mencangkung jer...yang dilatih relax jer atas kerusi...pemain-pemain skg mmg manja2..hehehe)


Tuesday, January 6, 2009

Peristiwa Titiwangsa

Dikala engkau berlari
Menyeru namaku
Dengan raungan
Dengan tangisan

Hati ku...
Terlebih dahulu telah mati
Anggotaku terlebih dahulu telah kaku

Hitam....
Kelam....
Tiada indahnya lagi
Padang permainan itu
Tiada serinya lagi
Titiwangsa bagiku
Bila darah dari mulut mu
Dengan deras jatuh kedadamu

Darah itu darah hatiku
Kepedihan mu itu
Merobek-robek uratku
Hentaman itu
Telah melumpuhkan aku

Maafkan kami
Atas parut yang kami tinggalkan
Namun ketahuilah......
Kasih Sayang ini
Masih belum berganjak
Walau seinci
Dari lubuk hati kami

Nasihat Rasulullah kepada Sayidina Ali

Wahai Ali, segala sesuatu ada penyakitnya :
1. penyakit bicara adalah bohong
2. penyakit ilmu adalah lupa
3. penyakit ibadah adalah riak
4. penyakit budi pekerti adalah memuji diri sendiri
5. penyakit berani adalah agresif
6. penyakit pemurah adalah menyebut yebut pemberian
7. penyakit cantik adalah sombong
8. penyakit bangsawan adalah bangga
9. penyakit mulia adalah menonjolkan diri
10. penyakit kaya adalah kikir
11. penyakit mewah adalah berlebih lebihan
12. penyakit agama adalah hawa nafsu

Renungan untuk kita bersama,yang masih terlalu lemah...apajua kita,kita tetap INSAN,apa jua kita,kita tetap HAMBA.

Monday, January 5, 2009

makan pagi di sini, best gilerrrr

tadi masa tea break kul 10am. kuar minum kat kedai makan dekat opis, jalan kaki je lah. berlima. setiap seorang mentedarah/melantak seperti berikut.
1. nescafe o + bihun sepinggan + telor mata
2. kopi jantan + mee + ayam masak merah seketul
3. teh tarik + mee + telor mata
4. nescafe o + bihun + telor mata + 3 slices daging bakar
5. teh o + bihun + keropok

"berapa inggit semua ni kak nik?" not rm50 dipulang baki sebanyak rm38.00! cuma rm12.00! murah kan?!

wei, jom mai pakat2 dok sini kuangkuangkuang