Wednesday, February 4, 2009

Kisah seorang isteri....

Disebuah desa yang terpencil,hidup sepasang suami isteri yang hidup sederhana,suami yang bersifat agak pendiam siisteri pula sangat suka berleter.Saban hari pasti ada saja yang dileteri oleh siisteri pada suaminya walaupun kesilapan yang agak kecil pasti berjam-jamlah sisuami akan mendengar leteran siisterinya,kalau kesilapan yang besar yang berlaku berhari-harilah pula yang akan ditanggung oleh sisuami akan leteran isterinya.Akibat sikap siisteri ini,sisuami hanya makan hati..dari bulan ke bulan hingga dari tahun ke tahun,sehinggakan kurus keringlah sisuami tadi.

Suatu hari akibat sudah tidak tahan sangat menanggung derita,maka sisuami bertemulah dengan rakan-rakannya untuk meminta pandangan mereka untuk menyelesaikan masalah yang ditanggungnya.Berbagai pendapat dan pandangan yang diterima namun tidak ada satu pun yang boleh diguna pakai,sehinggalah seorang rakannya memberi pandangan "Aku rasa tak ada jalan lain lagi untuk menyelesaikan masalah yang kau alami bertahun-tahun ini,hanya ada satu jalan sahaja...."
"Apa dia..?bagitaulah segera,aku sudah tidak dapat menanggung derita."
"Mudah saja,kan hutan dibelakang rumah kau ada perigi buta,gunakanlah helah kau untuk membawa isteri kau berjalan-jalan dihutan itu,sesampai diperigi buta itu,kau tolakkan dia kedalam perigi tersebut,pasti selepas itu masalah mu akan selesai,kerana jika dia masih hidup bersama mu masalah mu pasti tidak akan selesai."
Maka sisuami tadi termakan pula akalnya akan pandangan kawannya itu.

Pada suatu petang sisuami pun menggunakan segala tipu helahnya,untuk membawa siisteri kedalam hutan tersebut,akhirnya berjaya jua rancangan sisuami tadi sesampai diperigi buta itu ditolaklah isterinya kedalam perigi buta tersebut,setelah selesai sisuami punpulanglah dengan senang hati.

Hari demi hari yang dilalui oleh sisuami tanpa isterinya bagaikan ada saja yang tidak kena,resah gelisah,sunyi dan dia rasa terlalu rindu sangat dengan isterinya lebih-lebih lagi dengan leteran isterinya,tanpa leteran isterinya hidupnya bagaikan tidak bermakna.

Setelah 2 minggu berlalu akibat terlalu rindu dengan isterinya,sisuami pergi kembali ke perigi buta itu,sesampai disana terus dia menjerit2 memanggil nama isterinya bertalu2,tetiba ada sahutan dari dalam perigi tersebut,dicampakkanya tali yang memang telah dibawa disuruh siisteri berpegang pada tali tersebut sambil sisuami terus menarik sekuat hati,alangkah terkejutnya sisuami yang timbul bukanlah isterinya tapi berupa lembaga hitam yang berbulu lebat.

Ditanya oleh sisuami"Siapa kamu..?"
Jawab lembaga hitam"Akulah penunggu perigi ini,apa yang kau mahu..?"
"Aku mencari isteriku yang ku campakkan 2 minggu lalu disini,akibat aku tidak tahan dengan leterannya"
"Ohhh...wanita itu isteri kamu,terima kasih kerana kamu ingin mengambilnya kembali,tetapi kenapa kamu lambat sangat,2 minggu bersama isteri kamu umpama 2 tahun yang kami rasa,habis kami semua sebagai warga penunggu dileterinya,hinggakan bulu yang tumbuh diseluruh tubuh kami serta kulit kami yang hitam pun menjadi bahan leterannya,dikatanya kami ini semua malas mandi dan malas bercukur,ambillah segera isteri kamu itu..!!"
Sisuami hanya tersenyum kambing mendengar perkhabaran yang disampaikan oleh penunggu perigi buta itu......



MORALNYA:LU PIKIRLA SENDIRI.......!!!!

1 comment:

Anonymous said...

Kisah begini pernah berlaku pada zaman Saidina Umar Al Khattab.Seorang lelaki yang tidak tahan lagi dengan sikap suka berleter siisteri ingin membuat aduan kepada Khalifah Umar.Malangnya,sewaktu ia sampai di rumah khalifah,Saidina Umar sedang dileteri oleh isteri beliau.Lelaki itu hampa dan melangkah untuk pulang.Tiba2 Khalifah Umar memanggilnya dan bertanya maksud kedatangannya.Ia nyatakan kesemuanya dan ia rasakan dia senasib dengan Khalifah Umar.Tetapi Khalifah menyatakan mengapa kita perlu membenci isteri sebab perangai buruknya yang kecil itu sedangkan jasa dan pengorbanannya sungguh besar.Isteri kita tempat melepaskan keinginan nafsu syawat kita,mengandongkan zuriat,menjaga dan mendidik anak2 kita,tukang cuci,tukang masak..........dan....
Zaman sekarang lagi teruk.Kena cari nafkah untuk diri sendiri dan anak2 .Silap haribulan kena tanggong suami yang malas bekerja ataupun kaki boros.
Kalaulah Khalifah Umar orang yang tinggi kedudukannya dan dah tahu ia dijamin syurga dapat bersabar dan menghargai isteri,mengapa insan yang rendah mertabat seperti kita ni nak membenci-benci isteri.Hai sang lelaki janganlah mengagongkan ego yang tak bawa ke mana-mana tu.