Saturday, September 12, 2009

Blues.....

Di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini,tetiba jer aku terasa sesuatu....sesuatu yang amat sukar dimengertikan dan difahami,ianya hampir kepada sunyi,rindu,resah mungkin juga bluessss.Apa yang aku nak perkatakan disini ialah korang pernah tak rasa perasaan ini pada seseorang seperti kawan yang korang kenal masa disekolah rendah atau yang bertahun2 korang tak jumpa,tetiba jer korang ingat kat dia balik,masa tu perasaan jangan cakaplah,memang ridu sangattttt.....tapi kat mana diaorang skg nie?hidup lagi ke?Persolan macam nie yang sering menggangu jiwa blues aku.

Tapi itulah hakikat hidup,bertemu hanya untuk berpisah,gembira untuk duka,bahagia untuk dikecewakan,hidup untuk mati,itulah kata2 arwah ibuku.....rindu adalah nikmat pemberian-Nya,untuk kita sebagai insan.Tak payah kita tgk jauh2 disekeliling kita pun dah ada contoh,dulu keakraban kita bwk sampai kepagi,ujung minggu dikedai kopi bersama-sama,berjaga malam,bertanya khabar diantara kita,peristiwa lucu,duka bertelagah pendapat pun kita nikmati bersama2,sekarang...??Tapi aku faham,smua kita ada tanggungjawab yang perlu kita laksanakan,sebab kita perlu menjawab dengan-Nya atas apa yang diberika,cuma aku RINDU suasana itu.

Cuma aku harap keakraban ini akan berterusan didalam hati,andai 30tahun lagi(kalu umur pjg la)kita terpisah,cari2lah kita sesama kita,jangan jadi seperti kawan2 kita yang disekolah rendah dan yang sudah tak dengar khabar berita,kerana kita akan rugi, bila rindu mula menjengah dihati mana kita nak cari.

Arwah Ibuku,empat orang anaknya meninggal waktu kecil(adik beradik akula,semuanya lelaki),katanya saban hari dia menanggung rindu untuk bertemu dengan mereka,lebih2 lagi dengan hampir tibanya Aidilfitri,hanya Allah yang tahu perasaanya.Terbayang tentang gelagat mereka untuk menyambut ketibaan aidilfitri,kenakalan,rengekan untuk berpakaian baru,semuanya akan dilayan dan dipenuhi oleh arwah ibuku walaupun kehidupan kami ketika itu umpama kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang(tapi kami bukan ayam tau...!!!)Tahu tak bagaimana dia cuba memujuk perasaan rindu dendamnya itu?Ibuku berkata "Tak pe Allah lebih sayangkan mereka,kalau diizinkan Allah keempat2 anak emak akan tunggu mak ditelaga Al-Kautsar"Itulah perkataan yang sering dikatakan untuk merawat rindunya.Hari ini ibu dah tak de....mungkin rindunya telah terubat,wallahualam.

Kita pula sebagai anak yang tiada ibu(sebahagian),apakah mempunyai rindu hari2 seperti tadi,atau bila Aidilfitri tiba baru kita nak menangis dan menyatakan rindu diatas pusaranya.Atau Ramadhan tiba baru ada doa untuk orang yang tersayang,adakah arwah2 yang kita sayang tadi hanya perlukan kita di Ramadhan atau awal Syawal......entahlah,subjektif betul benda-benda nie.

Aku saja nak bawak korang dalam dua situsi yang berbeza kawan dan ibu,untuk mendalamkan perasaan rindu ini,aku cuba untuk memahami dengan lebih lanjut tentang erti rindu kerana bila rindu terbit maka timbullah sayang,namun ada satu dzat dimana kasih dan sayangnya melebihi kasih dan rindu seorang ibu pada anaknya 1000 kali ganda,itulah rindu dan sayangnya Dia pada hambanya,aku pun kadang2 terlupa untuk rindu dan sayang pada-Nya....arghhh ruginya aku,yang sering terleka dengan mainan dunia ini,sedangkan Dia.......Ampunilah aku.

Akhir penulisan ku ini,ingin sekali aku memohon ampun dan maaf pada sesiapa jua yang membaca ruangan ini,andai tersinggung perasaan kalian,atau aku membawa kalian kealam blues aku ini,aku hanya menyampaikan apa yang aku rasa....sebenarnya aku sayang sangat korang semua,sayang sangat pada teman2 yang telah hilang berpuluh2 tahun,sayang sangat pada mak dan abah,sayang sangat pada arwah mak,sayang sangat pada jiran2 ku yang baik-baik belaka,sayang sangat pada keluarga ku yang membuatkan aku debab begini,isteri-isteri..oopss silap,isteri saja,anak......tapi adakah Allah akan sayang kt aku insan yang lemah sebegini,arghhhh.....,Salam Aidilfitri untuk semua,yang baik datang dari Allah,yang buruk datang dari diriku,hamba Mu yang hina ini.......Ohhhh bluesnya aku di Ramadhan Al-Mubarak ini.

Assalammualaikum.....

1 comment:

irsha said...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin buat semua kejiranan di Jalan Mahagoni 1A/5.

Dari kami sekeluarga
(Ashri Che Hussin)