Saturday, May 22, 2010
Tuesday, February 16, 2010
Percutian Lorong 1A/5 Ke Sungai Pinang Sempena Cuti Tahun Baru Cina(15/2/2010)
Inilah mek-mek yang menjaga khemah,sesiapa yang ingin menggunakan khemah untuk menyalin pakaian akan dikenakan bayaran sebanyak 20sen,hasil kutipan akan didermakan ke persatuan renang kuak lentang sedunia.
Secara tidak sengaja,bakat seorang perenang muda telah dicungkil dan dijangka akan menyertai sukan olimpik pada tahun gajah akan datang.
Inilak anak2 yang kehilangan ibu bapa mereka,menurut sumber yang boleh dipercayai,ibu bapa mereka telah menyertai acara terjun tiruk dibukit sebelah hingga terlupa akan anak-anak mereka.
Inilah dia lifeguard yang dibawa khas dari Tamu Hill untuk memantau keselamatan semua ahli,tapi lifeguard ni lebih makan dari bertugas.Macamana nak lompat mamu,ada pampers terapung depan tu.....
Kasihnya ibu membawa ke syurga,kasihnya ayah mendengar kata,kasihnya saudara semasa berada....kasihnya anak ketika ayah sihat saja,kasihnya kawan bila boleh pergi minum bersama...tak percaya apa yang aku katakan,lihatlah gambar diatas,ketika abang Abu kelemasan,anak2nya buat dekkkk jer....tu,kawan baik dia yang baju merah tu..boleh buat tak nampak ajer.....isk,isk,isk.
Kasihnya ibu membawa ke syurga,kasihnya ayah mendengar kata,kasihnya saudara semasa berada....kasihnya anak ketika ayah sihat saja,kasihnya kawan bila boleh pergi minum bersama...tak percaya apa yang aku katakan,lihatlah gambar diatas,ketika abang Abu kelemasan,anak2nya buat dekkkk jer....tu,kawan baik dia yang baju merah tu..boleh buat tak nampak ajer.....isk,isk,isk. Itulah aktiviti yang diadakan,semoga aktiviti ini akan berterusan...Insyallah pada hari Sabtu depan(27/2/2010) akan diadakan sekali lagi aktiviti ini yang lebih hebat,dimana kita akan buat BBQ ditepi sungai,diharapkan lebih ramai keluarga yang menyertai aktiviti,semoga ukhwah kita lebih erat.
Assalammualaikum.....
Thursday, February 4, 2010
Acara Penyampaian Hadiah Kelab Badminton Tamu Hill(3/2/2010)
Inilah tetamu V.I.P yang telah sudi hadir untuk menyampaikan hadiah pada malam itu(3/2/2010).Dari kiri En.Azhar(Bodyguard pada Tuan Pengerusi Lorong 1A/5 hehe..)Yang Berbahagia En.Osman(Bendahari 1A/5),Yang Dihormati En.Rosly(Pengerusi Lorong 1A/5)
Ucaapan serta kata2 aluan dari TuanPengerusi,yang mengucapkan tahniah pada semua pemain.(sebab hadiah sama ajer hehe...)
Ucapan dari Presiden Kelab Badminton Tamu Hill,Yang Berbahagia Cikgu Kammal.
Inilah piala yang menjadi rebutan,sehingga ketitisan peluh terakhir.
Wajah2 pelapis yang bakal menggegarkan dunia badminton dengan teriakan mereka termasuk bapa2 sekali.
Wajah-wajah ahli kelab Badminton Kelab Tamu Hill.(Siapa yang paling ensem..!!??)
Tempat keenam En.Nurusli dan Shamsul(sebab partner tak hadir,semua orang dapat mata dari abang ni..kesiannnn)
Tempat kelima Cikgu Kammal dan En.Roslan.
Tempat keempat En.Abu dan En.Anuar
Tempat ketiga En.Syukri dan En.Rizal
Naib Johan En.Rosli dan En.Johari
Disini kami jua ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga pada yang menyumbang tenaga,masa dan wang ringgit untuk menyokong aktiviti ini.
Terima kasih dirakamkan kepada:
En.Rosly yang memberi sumbangan pada kelab.
En.Ibrahim yang memberi sumbangan untuk piala.
En.Osman yang membenarkan sumbangan kutipan lorong untuk jamuan.
Puan Rahimah yang memberi barangan Unilever sebagai cenderahati untuk semua pemain.
Semua pemain yang memberikan kerjasama yang tidak terhingga untuk menjayakan perlawanan ini.
Semoga kita akan berjaya untuk melakukan edisi ke-2 pada 2011 nanti...Insyallah.
ASSALAMMUALAIKUM
Thursday, January 21, 2010
Aktiviti Perlawanan Liga Kelab Badminton Tamu Hill
Aku tengok tadi bola ni macam keluar jer,macam mana pulak boleh masuk ni..!!??Sah diaoarang pakai jin notti ni.....
Wajah murung seorang pemain yang tidak dapat bermain pada malam itu,sebab partner tak datang,terpaksalah jaga garisan jer sepanjang masa.Abg Md Nor jangan risau kitaorang akan terminate kan partner abang tu...lagipun Koo Kien Kiat dah setuju untuk berpasangan dengan Abang pada 2011 nanti.Cikgu:Aku kidal la....!!
Abg.Lan:Hehe...sori,tak perasan.
Ni la dia gaya sevis cengkaman harimau....sampaikan reket dengan shuttle pun tak boleh nampak,pantasssss betul....!!!
Pasangan yang cukup ideal pada malam itu,Abg Abu dan Abg Anuar....Abg Abu tetap jaga auratnya,takut partner kat belakang tak boleh tahan..hehehe.Abg.Anuar:La,tak boleh ikut ka?Tadi kata partner,dah jadi partner kenalah ikut....
Abg.Abu:GRRRRRRRR.....hampeh betul.
Itulah antara gelagat pada malam pusingan ketiga,pada 20/1/2010.Dimana perlawanan hanya berbaki 2 pusingan saja lagi...Setelah tamat pusingan tersebut dibawah ialah kedudukan pemain setakat ini:-
1)Zaizul dan Saiful - 7 mata(3 perlawanan)
2)Rosli dan Jo - 5 mata(3 perlawanan)
3)Cikgu dan Roslan - 5 mata(4 perlawanan)
4)Rizal dan Shukri - 4 mata(3 perlawanan)
5)Abu dan Anuar - 2 mata(3 perlawanan)
6)Md.Nor dan Shamsul - 0 mata(2 perlawanan)
Jadi rasa-rasanya korang dah boleh agaklah siapa johan untuk kali ini...hehehehehe
Assalammualaikum....
Sunday, January 17, 2010
Perlawanan Liga Kelab Badminton Tamu Hill
Untuk makluman korang semua,kitaorang telah mengadakan perlawanan badminton untuk kelab Tamu Hill,secara liga.Jika anda semua berminat untuk menyaksikan perlawanan tersebut bolehlah hadir pada setiap hari rabu jam 10pm-12am bertempat di Dewan Dato' Abdul Hamid.Berikanlah sokongan pada kumpulan yang anda suka.....
Perlawanan ini akan tamat pada 2/2/2010,dimana tuan pengerusi lorong 1A/5 iaitu En.Rosly telah sudi untuk menjadi tetamu kehormat untuk menyampaikan hadiah pada hari tersebut setelah tamat perlawanan,insyallah.
Pada tuan-tuan yang ingin memberikan sumbangan juga,amatlah dialu-alukan untuk kelab badminton kita ini,tidak kira dalam apa jua bentuk sumbangan yang ingin tuan-tuan berikan,segala sumbangan bolehlah disalurkan pada Cikgu Kammal selaku bendahari kelab badminton ini.
HADIRLAH BERAMA-BERAMAI UNTUK MEMAJUKAN SUKAN DILORONG KITA...!!!
P/s:Segala gambar aktiviti perlawanan ini akan diupload kemudian.
Perlawanan ini akan tamat pada 2/2/2010,dimana tuan pengerusi lorong 1A/5 iaitu En.Rosly telah sudi untuk menjadi tetamu kehormat untuk menyampaikan hadiah pada hari tersebut setelah tamat perlawanan,insyallah.
Pada tuan-tuan yang ingin memberikan sumbangan juga,amatlah dialu-alukan untuk kelab badminton kita ini,tidak kira dalam apa jua bentuk sumbangan yang ingin tuan-tuan berikan,segala sumbangan bolehlah disalurkan pada Cikgu Kammal selaku bendahari kelab badminton ini.
HADIRLAH BERAMA-BERAMAI UNTUK MEMAJUKAN SUKAN DILORONG KITA...!!!
P/s:Segala gambar aktiviti perlawanan ini akan diupload kemudian.
Subscribe to:
Comments (Atom)



