Sunday, January 17, 2010

Perlawanan Liga Kelab Badminton Tamu Hill

Untuk makluman korang semua,kitaorang telah mengadakan perlawanan badminton untuk kelab Tamu Hill,secara liga.Jika anda semua berminat untuk menyaksikan perlawanan tersebut bolehlah hadir pada setiap hari rabu jam 10pm-12am bertempat di Dewan Dato' Abdul Hamid.Berikanlah sokongan pada kumpulan yang anda suka.....

Perlawanan ini akan tamat pada 2/2/2010,dimana tuan pengerusi lorong 1A/5 iaitu En.Rosly telah sudi untuk menjadi tetamu kehormat untuk menyampaikan hadiah pada hari tersebut setelah tamat perlawanan,insyallah.

Pada tuan-tuan yang ingin memberikan sumbangan juga,amatlah dialu-alukan untuk kelab badminton kita ini,tidak kira dalam apa jua bentuk sumbangan yang ingin tuan-tuan berikan,segala sumbangan bolehlah disalurkan pada Cikgu Kammal selaku bendahari kelab badminton ini.

HADIRLAH BERAMA-BERAMAI UNTUK MEMAJUKAN SUKAN DILORONG KITA...!!!

P/s:Segala gambar aktiviti perlawanan ini akan diupload kemudian.

No comments: